Aura suram, dinginnya cuaca dan suasana bagaikan ‘melankolik’ yang kini semakin kuat terasa menandakan musim bunga/panas meninggalkan kita. Say hello back to autumn/winter! Jika sebelumnya rona yang ceria memenuhi segenap ruangan gerobok, apakah pula rona perlu ada untuk musim kali ini?
Biru
Alexa Chung |
Beau Garret |
Carey Mulligan |
Rachel Weisz |
Michelle Monaghan |
Angelina Jolie |
Biru yang melambangkan ketenangan dan kesejukan adalah jawapan tepat untuk dijadikan rona asas dalam gaya. Tidak kira sama rona ini mewarnai top atau bottom, biru adalah elemen kuat dalam musim luruh/sejuk. Kekuncinya, pilih rona biru yang sedikit gelap seperti navy blue, royal blue, cobalt mahupun biru nilam dan padankan dengan helaian atau aksesori yang berona terang untuk menyeimbangkannya. Untuk menyuntik sedikit elemen dramatik, berikan perincian seperti ropol, lisu mahupun fabrik renda agar rona biru yang suram kelihatan lebih menyerlah. Sekali gus menjadikan anda kelihatan sedikit mysterious tetapi feminin.
Tanah
Analeigh Tipton |
Michael Kors |
Olivia Wilde |
Penelope Cruz |
Hilary Duff |
Zoe Saldana |
Rona berinspirasikan earth atau tanah sememangnya menjadi simbol kuat menandakan hadirnya musim luruh/sejuk. Menjadikan setiap aspek fesyen kelihatan toned down dan neutral, rona tanah melambangkan kuasa alam semulajadi. Seringkali fesyenista yang menitikberatkan soal kelainan dalam gaya memilih motif cetak haiwan dalam helaian. Tetapi bagi mereka yang mementingkan kelembutan dan minimalis dalam berfesyen pula boleh memadankan helaian bebas motif. Sekali lagi, perincian seperti ropol, lisu dan ikat dipilih untuk tidak menjadikan gaya tidak kelihatan terlalu bosan dan ringkas.
Merah
Victoria Beckham |
Mila Kunis |
Rodarte |
Penelope Cruz |
Christina Aguilera |
Jessica Alba |
Sekalipun rona merah memecah kesuraman, namun merah adalah antara ciri gothic yang ketara selain hitam. Namun, rekaan helaian bagi musim luruh/sejuk kali ini pastinya dilihat lebih minimalis memandangkan ronanya yang sedia kuat dengan karakter. Merah yang bersesuaian untuk dipilih tentunya merah tua, crimson, Indian red, maroon mahupun firebrick. Tidak perlu menambahkan perincian yang banyak. Anda hanya perlu melengkapkan gaya dengan aksesori yang berona lebih gelap seperti hitam mahupun maroon agar warna dapat diseimbangkan.
Hitam dan Putih
Kristin Davis |
Chloe |
Jessica Biel |
Anna Wintour |
Chloe Sevigny |
Dior |
Rona hitam bukan sahaja dikatakan warna yang selamat, malah padanan kedua-dua rona ini adalah klasik juga timeless. Selain menyerlahkan gaya yang lebih sofistikated, hitam dan putih sememangnya rona tepat sempena musim luruh/sejuk. Antara rekaan yang boleh digayakan, top yang ringkas bersama skirt paras bawah lutut. Bagi mereka yang mahu menggayakan celana pula, pastikan top anda mempunyai karakter menarik untuk menonjolkan kontras terhadap celana yang tersedia polos. Cukup sekadar menggenggam tas clutch berona hitam dengan sepatu tinggi, and you’re officially done!
Kuning dan Perang Keemasan
Chloe |
Marc by Marc Jacobs |
Anne Hathaway |
Marc by Marc Jacobs |
Dior |
Victoria Beckham |
Kuning kunyit dan perang keemasan, satu lagi padanan warna yang cukup sempurna untuk dihimpunkan sempena musim luruh/sejuk kali ini. Top yang ringkas bersama skirt berpotongan tulip atau flare, gabungan bijak ini menyerlahkan lagi personaliti yang anggun. Memandangkan ronanya cukup terang dan menonjol, padankan dengan aksesori berona lebih gelap seperti hitam mahupun hijau tua. Seperti rona merah, paduan warna ini juga mampu memecah elemen suram dalam warna yang sinonim atau popular seperti hitam dan kelabu.