Di dalam festival muzik urban sebesar Future Music Festival Asia (FMFA) selain daripada persembahan yang dinanti-nantikan, gaya dan stail pengunjung yang hadir turut menjadi tumpuan. Jom kita lihat gaya jalanan yang menarik perhatian kami sepanjang acara ini.
Mereka di antara yang paling berani pada FMFA tahun ini.
Rasa seperti costume party pula, tapi gaya mereka memang comel!
Kebanyakan yang hadir berseluar pendek dan t-shirt untuk keselesaan masing-masing.
Gaun dan kaca matanya menarik perhatian kami.
Selain daripada topi red indian dan topi mexico, cekak buah-buahan turut menjadi kesukaan ramai.
Gaya Yoko Ono wanita ini mendapat perhatian ramai.
Salah seorang yang bergaya tetapi masih mementingkan keselesaan.