Sekiranya anda diberi pilihan, bos mana yang anda pilih? Bos lelaki atau wanita? Kajian di Amerika menunjukkan kebanyakannya memilih bos lelaki daripada bos wanita. Tetapi melihat kepada kejayaan wanita masa kini, ia membuktikan wanita juga boleh menjadi ketua yang baik. Jadi, kalau bos lelaki bertanding dengan bos wanita, siapa yang akan menang?
Gambar: facebook
Kerja
Dari segi kerja, semua pasti mengakui bos wanita jauh lebih teliti dan mementingkan kesempurnaan kerana itulah sifat semula jadi mereka. Apa yang bos lelaki mahukan daripada anda ialah untuk anda mematuhi deadline. Tetapi sekiranya hasilnya tidak memberangsangkan dan dikomen teruk oleh pihak atasan, andalah yang bakal menanggung segalanya. Dari segi hasil kerja, bos wanita menang kerana anda akan banyak belajar daripada ketelitiannya dan semakin banyak kesilapan yang ditegur, semakin bagus anda di dalam kerja anda. Manakala bos lelaki kebanyakannya malas dan membuatkan anda kurang belajar.
Etika
Mungkin ada benarnya dari segi profesionalisme, bos lelaki menang dalam hal ini. Kelebihan kepada pekerja lelaki yang bekerja di bawah bos wanita kerana mereka senang untuk menjadi kesayangan bos mereka dan ini akan menyenangkan kerja mereka. Bos wanita selalu mengamalkan favoritism yang mungkin akan memberikan tekanan kepada sesetengah pekerja.
Keselesaan di Tempat Kerja
Sifat keibuan membuatkan bos wanita lebih mengambil berat terhadap pekerjanya. Dia selalunya memastikan pekerja mempunyai tempat kerja yang selesa lengkap dengan peralatan kerja yang cukup. Kadangkala dia akan membelikan pekerja-pekerjanya kuih muih untuk minum petang. Walaupun begitu, bos lelaki mungkin lebih fleksibel berbanding bos wanita. Bos wanita yang sering masuk ke pejabat seawal jam 7 pagi akan sibuk bertanya di mana pekerja-pekerjanya manakala bos lelaki akan buat tidak tahu sahaja selagi kerja anda berjalan dengan lancar.
TOP 10 ARTIS CANTIK TANPA MEKAP >>
Sebenarnya, tidak kira bos wanita atau lelaki, sekiranya anda mempunyai etika kerja yang bagus ia tidak akan menjadi masalah untuk anda. Apa yang penting adalah komitmen anda terhadap kerja yang diberi dan sekiranya anda peka dan jarang melakukan kesalahan, apa lagi yang anda perlu risau?