Mungkin anda berasakan lelaki tubuh berbulu itu menggelikan tetapi tidak bagi wanita Barat. Kajian menunjukkan 34 peratus wanita British memilih lelaki yang berbulu berbanding lelaki yang tidak berbulu langsung. Mereka menyifatkan lelaki yang mencukur bulu dada dan jambang merupakan lelaki yang sangat metroseksual. Menurut wanita British yang berumur 30 tahun ke atas, mereka berasakan lelaki yang berbulu meningkatkan tahap maskulin mereka dan mampu menaikkan nafsu berahi mereka.
FAKTA TAHAP KESUBURAN LELAKI >>
KETAHUI PERASAAN LELAKI MELALUI MATANYA >>
APA YANG LELAKI SUKA PERHATIKAN >>
Enam puluh dua peratus daripada wanita yang berusia 45 tahun ke atas berasakan lelaki yang berbulu dada sangat menarik. Wanita Welsh turut mengidamkan lelaki berbulu dengan 91 peratus daripada mereka mengatakan lelaki berbulu sangat seksi. Selain daripada itu, menurut wanita Barat, lelaki berbulu menampakkan kenakalan secara semula jadi dan ada pula mendakwa lelaki berbulu lebih sedap dipeluk kerana bulu di seluruh badan mereka membuatkan mereka dirasakan seperti teddy bear!