Baru-baru ini pasti ramai yang mendengar berita mengenai Omar Borkan Al Gala yang merupakan di antara tiga lelaki yang dibuang negara kerana terlalu kacak. Omar, seorang penyajak, pelakon dan jurugambar daripada Dubai ini telah dihalau keluar daripada Janadriyadh Festival di Riyadh awal bulan ini oleh pihak berkuasa kerana bimbang ia akan menyebabkan wanita jatuh cinta kepada kekacakan mereka dan bertindak melakukan sesuatu yang dilarang agama.
APA YANG LELAKI KACAK SUKA PERHATIKAN >>
Dikatakan di Arab Saudi, mereka mempunyai peraturan yang ketat yang berkisar tentang interaksi di antara lelaki dan wanita yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dan Omar yang mempunyai wajah yang menggoda itu dikatakan mampu membuatkan ramai wanita mengingkari peraturan yang telah ditetapkan.
WANITA BARAT LEBIH SUKA LELAKI BERBULU? >>
KETAHUI SAMADA SI DIA MENYUKAI ANDA MELALUI MATANYA >>
Setelah disiasat, sebenarnya berita yang disebarkan ini adalah palsu kerana tiada seorang pun yang dihalau daripada festival tersebut kerana kekacakan wajah mereka. Hanya seorang polis yang dihalau keluar kerana protesnya terhadap penyanyi wanita yang bernama Aryam yang muncul dalam acara tersebut. Omar pula dikatakan telah menari dengan galaknya dan hanya ditegur oleh pihak berkuasa mengenai hal itu. Dia tidak pernah dihalau daripada acara tersebut.