Gambar: INGimage
Memang untuk memikat lelaki anda harus menjadi diri anda sendiri. Tetapi kalau diri anda penuh dengan sifat negatif seperti yang di bawah ini, kami rasa anda perlu berubah kerana andalah wanita yang lelaki tidak akan jadikan isteri.
Perasan Cantik
Memang lelaki sukakan wanita yang cantik pada mata mereka dan bukan yang perasan cantik. Ambil gambar selfie dan mengharap komen puji-pujian. Setiap kali dipuji cantik di Twitter, pasti anda ‘Retweet’ pujian tersebut supaya satu dunia tahu. Setiap kali berjalan, pasti anda akan merasakan semua lelaki sedang memandang anda. Anda mendakwa rakan si dia yang menghubungi terlalu meminati anda. Sifat anda ini sememangnya akan merimaskan si dia. Bukankah lebih cantik kalau anda sentiasa merendah diri dengan rupa paras anda?
PAKAIAN SEKSI DI MATA LELAKI >>
Bossy
Lelaki secara semula jadi dilahirkan untuk menjadi seorang ketua dan oleh sebab itu, mereka kurang gemar menerima arahan terutamanya daripada seorang wanita. Sekiranya anda seorang yang suka mengarah, seboleh-bolehnya, janganlah sehingga terbawa-bawa ke dalam perhubungan anda. Cuba cari perbezaan meminta pertolongan atau mendesaknya supaya melakukan sesuatu untuk mengelakkan anda menjadi seorang teman wanita yang bossy!
BERCINTA DENGAN EX KAWAN SENDIRI >>
Kuat Cemburu
Memanglah cemburu itu tandanya sayang tetapi kalau dah berlebihan, lelaki memang pantang! Setiap kali melihat si dia berbalas mesej dengan wanita lain, anda mulalah mengamuk. Walaupun si dia keluar dengan rakan sepejabat kerana urusan kerja anda sudah merajuk. Tolonglah jangan jadi seorang yang kuat cemburu kerana sifat inilah yang paling membuatkan lelaki rimas!
CARA MEMBUAT LELAKI SEMAKIN SAYANG >>
Cuba Mengubahnya
Oleh kerana si dia tidak mempunyai ciri-ciri lelaki yang anda mahukan, anda cuba mengubahnya mengikut ‘piawaian’ peribadi anda. Anda memilih baju untuknya, menyuruh si dia mendengar lagu berentak jazz kegemaran anda, memaksa si dia makan di restoran urban sahaja dan berusaha keras untuk menjadikannya seorang hipster! Percayalah, segala desakan anda ini akan membuatkannya meninggalkan anda satu hari nanti.
TIP MENGATASI MASALAH PERUT BOROI >>
Kuat Merungut
Setiap kali keluar bersama, ada sahaja yang tidak kena pada mata anda. Samada makanan tidak sedap atau si dia terlambat sedikit menjemput anda di rumah, pasti ada sahaja yang anda mahu rungutkan. Sifat sebegini tidak disukai lelaki kerana mereka sukakan wanita yang lebih bertimbang rasa.
GAMBIT MENCARI ERTI KASIH SAYANG >>
Control Freak
Anda baru menelefonnya bertanya apa yang sedang dilakukan. Selepas lima minit anda telefon lagi untuk bertanyakan soalan yang sama. Sekiranya dia tidak menjawab panggilan anda kerana sedang bekerja, anda mula mencari pasal dengan memarahinya melalui pesanan ringkas yang dihantar. Tidak perlulah jadi seperti ini. Walaupun si dia memerlukan anda sebagai peneman hidupnya, tidak bererti anda bertanggungjawab mengatur kehidupan hariannya. Tolonglah jangan jadi control freak.