Tahun 2013 semakin hampir melabuhkan tirainya. Pasti kamu semua sibuk dengan proses penilaian dari majikan untuk rekod pencapaian sepanjang tahun yang boleh melayakkan kamu untuk menerima bonus tahunan. Konsepnya sama seperti zaman sekolah dahulu dimana guru akan menilai sikap dan tingkah laku pelajar sebelum tiba hari ambil report card. Apakah kebaikannya minggu penilaian atau appraisal ini kepada pekerja?
Gambar: homeappraisalsinc.com
Bertungkus Lumus
Lagi-lagi jika rekod syarikat kamu sentiasa baik setiap tahun sudah pasti bonus bulanan mencecah empat bulan keatas. Siapa yang tidak mahu bonus dan untuk mendapatkannya, kamu akan bertungkus lumus bekerja supaya majikan nampak kesungguhan kamu.
Rekod Cemerlang
Tujuan diadakan minggu penilaian ini bukan sahaja untuk mencatatkan rekod yang baik buat syarikat malah untuk mendapatkannya perlulah di susuli dengan rekod cemerlang dari para pekerjanya. Mereka akan komited dengan kerja bagi memastikan kedua-dua pihak baik syarikat mahupun pekerja mendapat kebaikannya.
Berusaha Lebih
Bagi yang tidak layak menerima bonus penuh atau mungkin tidak bernasib baik untuk menerima habuannya, pasti tidak akan duduk senang apabila melihat rakan sekerja yang lain senyum lebar menerima kenaikan gaji, bonus dan sebagainya. Untuk itu, ia sekaligus akan membakar semangat mereka yang kurang bernasib baik ini untuk berusaha lebih keras tahun hadapan.
Kesimpulannya, minggu kenaikan ini banyak manfaatnya kepada pekerja. Bukan setakat bonus dan kenaikan pangkat semata, tetapi apa yang lebih penting ialah sifat komited pada kerja yang mampu menguntungkan syarikat serta ekonomi negara. Jadi, EH! ucapkan selamat maju jaya bagi yang belum di nilai.