Dunia hari ini menjadi semakin pesat dan sibuk, banyak hal dunia yang berbangkit perlu diselesaikan sampai satu tahap yang kamu terlupa akan kesihatan dan kecantikkan diri sendiri. Tidak lupa juga dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sudah pasti sesi spa, manicure, pedicure, dan juga facial tidak akan menjadi prioriti utama.
Usah risau kerana kali ini EH! akan berkongsi rahsia kecantikkan yang bukan sahaja akan memberi hasil yang amazing tetapi pada masa yang sama juga dapat menjimatkan wang dan masa!
Gambar: rr-magazine.com
1. Skrub Badan
Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang kamu perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:
- ½ cawan gula perang
- ¼ cawan minyak zaiton
- 4 sudu besar madu
- 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
Campurkan kesemua bahan itu dan lumurkan ke seluruh badan kamu, biarkan ia kering dan sambil kamu ingin mengeluarkannya urut bahan tersebut perlahan-lahan di permukaan kulit kamu.
2. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!
Kamu hanya perlukan:
- Segengam daun pudina
Tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata kamu 20 minit pada setiap hari.
3. Masker Rambut
Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata kamu cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut kamu tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji telur
- 5 sudu besar minyak zaitun
- Beberapa titik minyak Lavender
Adun kesemua bahan tersebut sehingga kamu mencapai konsistensi seperti mayonis, kemudia lumurkan ke seluruh rambut kamu dari akar hingga hujung. Balut dan biarkannya selama 40 minit kemudian cuci sehingga bersih. Ulang terapi ini setiap minggu dan kamu akan mendapatkan keputusan yang sangat mengagumkan.