Temuduga pertama kali untuk mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian semestinya membuatkan mereka gementar dan kadang kala sampai berpeluh-peluh dek rasa bimbang dan gemuruh. EH! kongsikan tip penting bagi anda yang bakal menghadapi sesi temu duga kerja tidak lama lagi.
Gambar: psychologies.co.uk
1.Resume
Ingin mendapatkan temuduga di syarikat atau tempat kerja yang anda inginkan semestinya perlu dilakukan dengan memastikan resume anda siap jelas dan meyakinkan untuk anda mendapatkan pekerjaan tersebut.
2.Bersedia untuk temuduga
Setelah secara rasmi anda dapat tawaran untuk menghadiri temuduga pekerjaan, luangkan sedikit masa anda untuk mencari informasi mengenai syarikat tersebut kerana dengan sedikit sebanyak informasi yang anda tahu dapat meyakinkan lagi penemuduga anda untuk mengambil anda sebagai pekerja tetap di syarikat mereka.
3.Sedia untuk mendapat tanggapan yang baik
Beberapa minit sebelum sesi temuduga pastikan anda bersedia dengan sepenuhnya. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas dan selesa dipandang, berjalan dengan baik dan jaga tingkah laku serta pergerakan tubuh badan anda kerana semua itu memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan.
4.Jawab segala soalan yang ditujukan
Sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, pastikan anda telah melakukan penyelidikan serba sedikit ke atas syarikat yang anda ingin ditemu duga. Ini kerana sebarang soalan yang akan ditujukan kepada anda boleh dijawab dengan lebih bagus dan tidak membuat tanggapan buruk kepada anda timbul.
5.Malu bertanya sesat jalan
Anda juga disarankan untuk bertanya soalan kepada penemuduga kerana ini boleh meningkatkan lagi impression mereka terhadap anda. Soalan yang anda utarakan juga haruslah berkaitan dengan pekerjaan anda atau mungkin tentang syarikat tersebut.
6. Tekankan mengenai kelebihan anda
Sering kali mereka yang ingin menghadiri temuduga memikirkan yang mereka perlu bersikap rendah diri. Namun hakikatnya, sewaktu temu duga anda disarankan menonjolkan keyakinan dan kelebihan diri. Tentu sekali pengalaman bekerja adalah salah satu aspek yang penting, namun ingat bahawa potensi adalah lebih berharga daripada pengalaman.
7.Susulan selepas temuduga
Pastikan anda sentiasa membuat susulan jawapan selepas temu duga kerana ia boleh membantu mereka untuk mengenali nama anda dan pastikan juga resume anda tidak dilupakan. Mungkin buat panggilan atau hantar e-mel pendek bertanyakan jawapan selepas temu duga boleh menolong anda. Jangan mendiamkan diri anda dengan membiarkan mereka yang menghubungi anda untuk jawapan yang ditunggu.
8.Jika anda gagal dengan temuduga
Tidak semua temu duga berjaya berakhir dengan surat tawaran kerja. Jika anda gagal dengan temu duga tersebut, walaupun anda telah lakukan yang terbaik,jangan bersedih dan putus asa. Perkara terbaik yang anda perlu lakukan adalah melihat semula kesalahan yang anda telah lakukan dan belajarlah dari kesalahan tersebut supaya pada masa akan datang anda tidak akan mengulanginya lagi.