Teks: Farhana Fuad
Inginkan percutian ke pulau pasir putih dengan tambang yang rendah? Kali ini
Air Asia syarikat penerbangan tambang rendah dunia mengumumkan destinasi
terbaru mereka dari Kuala Lumpur ke Kalibo, Filipina yang juga merupakan
pintu masuk ke Pulau Boracay bermula 18 April ini.
Gambar: traveldailymedia.com
Pulau Boracay salah satu pulau putih yang tersergam indah di dunia serta
laut biru jernih destinasi yang sesuai untuk merehatkan minda serta aktiviti
snorkel dan menyelam. Ini adalah laluan ketiga dari Kuala Lumpur ke Filipina
yang membawa terus ke Kalibo di mana asalnya kain Pina.
Gambar: acara-event.com
Bukan hanya tambang murah dan empat kali penerbangan setiap minggu, malah
anda boleh mendapatkan tempat duduk secara percuma dengan cukai dan surcaj
yang hanya bernilai RM77 bermula 19 Februari lalu, dan penerbangan ke Kalibo
akan bermula 18 April depan.