Pabila seseorang wanita mendekati seseorang lelaki, ada beberapa perkara yang mereka perhatikan. Biasanya ciri-ciri yang mereka perhatikan inilah yang menjadi faktor mengapa mereka tertarik kepada anda.
1- Bau tubuh – wanita suka lelaki yang menjaga kebersihan diri mereka. Bau harum tubuh dengan percikan haruman yang maskulin tentu menjadi markah tambahan buat lelaki.
2- Ketinggian – lelaki yang dilahirkan dengan bentuk tubuh yang tinggi biasanya tampak lebih outstanding.
3- Postur badan – Lelaki yang tegap dan segak sewaktu berjalan memang mudah membuat wanita tertarik.
4- Otot lengan – Tidak hairan mengapa semakin ramai lelaki mendaftarkan diri ke gimnasium, semuanya kerana lengan yang berotot buat mereka mendapat lebih perhatian.
5- Kebolehan berjenaka – tidak semua insan bertuah dilahirkan dengan sense of humor. Gunakannya dengan baik jika anda antara lelaki terpilih dikurniakan kebolehan ini.
6- Rahang – wajah lelaki yang ‘sharp’ dengan rahang yang tajam menonjolkan bentuk wajah yang lebih maskulin.
7- Senyuman – barisan gigi yang tersusun dan putih menyerlahkan senyuman. Jadi jagalah kebersihan mulut anda kerana dari senyuman mungkin anda bisa menawan hati wanita idaman anda.