Oleh Khairul Abidin Ishak
Bersama EH! Adira berkongsi cerita hidupnya sebagai selebriti, bagaimana populariti membentuk dirinya hari ini dan bagaimana dia menguatkan diri berhadapan kontroversi.
“Saya selalu fikir jadi penyanyi itu senang. Namun hakikatnya tidak sesenang yang orang tengok. Sebagai penyanyi banyak benda yang perlu kita korbankan. Kita tidak punya masa yang terluang seperti orang lain, dan ada do’s and don’ts nya, tak semua benda kita boleh lakukan sesuka hati.”
“Bagaimana pula dengan ‘upahnya’, lumayan?” usik saya. “Saya tak nafikan agak mewah, berbaloi dengan apa yang kita usahakan. Namun tiada jaminan, sebagai selebriti kita perlu fikirkan sesuatu yang akan menyokong kita di masa hadapan. Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan bergelar penyanyi.”
Sebagai selebriti memang sukar untuk menyembunyikan hal-hal peribadi, dan sukar untuk menafikan bahawa pengikut dunia hiburan ada kalanya lebih berminat untuk mengetahui kisah peribadi selebriti pujaan mereka selain soal-soal kerja. Bahkan senario ini bukan hanya berlaku di Malaysia, di mana-mana sahaja. Di Hollywood misalnya orang lebih tertarik untuk mengetahui kisah peribadi mereka. Jadi tiada apa yang hendak dihairankan.
Namun mungkinkah kisah-kisah peribadi mampu melonjakkan nama seseorang selebriti dan adakah benar selebriti tidak boleh bergantung pada album, drama mahupun filem untuk terus popular? Saya mintakan pandangan Adira tentang situasi ini.
“Sebagai selebriti kita memang perlu sediakan diri untuk berhadapan dengan senario ini. Kita kena biasakan diri. Memang ada kemungkinan kita akan berhadapan dengan cerita-cerita yang tak sedap didengar dan tiada bukti kebenarannya, namun pada saya yang paling penting adalah kepercayaan keluarga. Bila keluarga percaya pada kita, maka tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka lebih kenal kita berbanding orang luar.”
“Sekarang Adira sudah ada yang punya atau tidak?” “Saya tak mahu komen lebih-lebih soal itu. Kalau yang tahu, tahulah. Kadang-kadang tak semua benda kita boleh kongsi, sebahagiannya biarlah kita simpan sendiri.”
Ikuti rencana temubual penuh bersama Adira dalam EH! edisi Mac 2014 di pasaran sekarang!