Oleh: Farhana Fuad
Gambar: bnsholiday.com
Percutian atas kapal mewah merentasi lautan luas ke destinasi eksotik sememangnya cukup mengujakan, lebih-lebih lagi apabila anda menghabiskan waktu percutian ini bersama yang tersayang. Syarikat kapal mewah Star Cruise menawarkan percutian atas kapal mewah mereka hingga ke beberapa destinasi di rantau Asia disamping menawarkan layanan hebat sepanjang percutian ini. Antaranya desitinasi yang ditawarkan termasuklah ke Thailand, Korea, China, Hong Kong, Singapura dan Vietnam.
Gambar: starcruises.com
Tatkala bercuti di atas kapal mewah ini, penumpang tidak akan ada rasa bosan menunggu untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana pelayarannya yang mengambil masa antara sehari atau beberapa hari mengikut destinasi yang dituju kerana kapal ini akan belayar dan berlabuh untuk beberapa hari sementara penumpang menikmati dan bercuti di destinasi yang dituju sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang.
Dengan adanya pelbagai kemudahan di dalam kapal seperti spa, salun rambut, panggung teater, kedai beli belah bebas cukai, kolam renang, gelanggang bola keranjang dan pelbagai lagi aktiviti sampingan boleh membuatkan anda teruja dengan percutian atas kapal mewah. Sambil bersantai, anda akan berasa seolah berada di sebuah pulau peranginan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Gambar: starcruises.com
Keselesaan bilik bertaraf lima bintang juga boleh dirasai di atas kapal mewah serba lengkap ini dan pelancong boleh memilih antara bilik mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Binaannya yang besar akan membuatkan anda kagum dengan rekaan dalamannya yang mewah, luas dan selesa sepanjang perjalanan anda ke destinasi yang dituju.
Gambar: starcruises.com
Bahkan, dekorasinya yang serba mewah dan tersendiri membuatkan anda rasa terpegun dengan rekaan kapal persiaran ini. Jadi, apa tunggu lagi. Alami percutian atas kapal mewah ini bersama keluarga atau pasangan anda sambil menikmati pelbagai aktiviti yang ditawarkan serta keseronokan tiba ke destinasi eksotik pilihan.