Gambar: TPGNEWS
2014 sememangnya tahun bertuah buat aktres kelahiran Kenya yang menempa nama di Hollywood, Lupita Nyong’o. Selepas membawa pulang trofi Oscar yang menjadi idaman semua anak seni, beliau dinamakan sebagai Personaliti Paling Cantik 2014 oleh majalah People.
Sekali gus gelaran berkenaan meletakkan pelakon 12 Years A Slave itu sebaris dengan ramai selebriti gred A termasuk Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Mengakui tidak pernah mengimpikan gelaran sebegitu, namun menganggap ia penghormatan besar buat dirinya yang selama ini melihat versi cantik dengan bahan disogokkan di TV.
“Kulit cerah dan rambut ikal mayang, itu persepsi saya mengenai erti cantik kerana ia yang ditonjolkan di televisyen.
“Secara tidak sedar kita lebih menghargai lebih daripada kita sendiri tetapi kini saya percaya, kata-kata ibu supaya yakin pada diri benar belaka,” katanya.
Sempat mengimbas kenangan lucu di zaman remajanya, bakat berusia 31 tahun itu memaklumkan sudah mencuba semua pewarna rambut malah pernah membotakkan kepala untuk kelihatan berbeza.