Oleh: Farhana Fuad
Penghujung tahun kian tiba dan musim hujan juga pun sudah bermula di Malaysia. Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulit kita turut bermasalah tidak kira kering atau berminyak. Cuaca yang agak lembap menyebabkan kulit menjadi mudah kering dan tampak tidak bermaya akibat suhu sejuk dan berhujan.
EH! kongsi tips penjagaan kulit yang berbeza pada musim hujan dan sejuk ini.
Kulit Kering
Kulit kering boleh mengakibatkan rasa gatal dan menjengkelkan akibat kurang lembap.
Solusi:
Gunakan campuran madu dan susu pada kulit anda setiap malam. Gunakan juga pencuci muka tanpa buih agar kulit anda tidak bertambah kering. Jika anda ingin pergi melakukan rawatan wajah, ambil pilihan rawatan wajah yang menggunakan coklat kerana ia melembapkan kulit.
Kulit Berminyak
Kulit berminyak menjadi bermasalah apabila musim hujan kerana ia boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan lebih banyak minyak dan apabila ia bercampur dengan kotoran dan habuk ia boleh menyebabkan wujudnya bintik hitam, jerawat dan sebagainya.
Solusi:
Untuk menguruskannya, pastikan anda mencuci kulit wajah anda dengan lebih kerap. Gunakan juga gel aloe vera setiap hari. Anda juga boleh menggunakan toner dan pencuci muka khusus untuk kulit berminyak.
Kombinasi kulit berminyak dan kering
Masalah kulit dengan kombinasi kulit berminyak dan kering memerlukan lebih usaha untuk memastikan kulit anda kekal segar dan cantik.
Solusi:
Untuk menguruskannya, pertama sekali sapukan ais di permukaan kulit anda untuk menetup liang pori. Gunakan pencuci muka yang memberi hidrasi agar ia mencuci habis kesan minyak pada kulit serta melembapkan kulit pada masa yang sama. Anda juga boleh menggunakan campuran jus lemon bersama air dan sapu rata pada wajah anda. Pilih rawatan muka dengan asas buah-buahan berbanding krim asas.
Kulit Normal
Kulit jenis normal adalah kulit yang paling mudah untuk dijaga.
Penjagaan:
Hanya jalankan rutin harian penjagaan kulit seperti mencuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka, pastikan kulit tidak terlalu kering dan sentiasa hidrasi serta lakukan rawatan wajah untuk pembersihan menyeluruh dari masa ke masa. Ini akan memastikan kulit anda terhindar dari sebarang jangkitan.