Gambar: Dafi
Penyanyi, Dafi menegaskan album kedua yang dilancarkan dua minggu lagi adalah hasil simpanan sendiri, bukan pemberian ayah. Beliau yang juga anak seorang menteri kabinet menegaskan status dimiliki tidak membolehkannya mendapatkan sesuatu dengan mudah sebaliknya masih perlu berusaha keras.
“Album berjudul #D4F1 ini memberi kepuasan tersendiri kerana ia dihasilkan daripada titik peluh yang membuatkan saya cuba merealisasi sebaik mungkin. Keluarga juga tahu saya bukan jenis meminta-minta. Jadi sejak mula terbabit dalam bidang seni sekitar 2008 saya sudah mula menyimpan. Kini genap lima tahun selepas buah tangan sulung, Seumur Hidup, saya dapat menerbitkan #D4F1,” katanya yang turut dilantik sebagai duta pertama U Mobile.
Dafi atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri, 26, adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim 5.