Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram BCA Campaign
Estee Lauder sememangnya sebuah syarikat pengeluar yang terkenal di satu dunia dengan produk penjagaan kulit, barangan solekan, minyak wangi dan produk penjagaan rambut yang kesemuanya berkualiti tinggi.
Tahun ini menandakan bahawa sudah genap 18 tahun Estee Lauder menganjurkan kempen Breast Cancer Awareness di kalangan rakyat Malaysia. Syarikat terulung ini sangat menitik beratkan dalam memerangi penyakit kanser payudara dengan satu gol yang ingin disasarkan adalah untuk bekerjasama dan bergabung menjadi satu dalam memerangi penyakit merbahaya di kalangan wanita ini.
Pada tahun ini pula sudah menandakan 22 tahun syarikat Estee Lauder menganjurkan kempen Breast Cancer Awareness di serata dunia atas dedikasi dan keinginan mendiang Evelyn Lauder dalam menjadikan misi beliau untuk menggalakkan bagi kaum wanita untuk mengamalkan penjagaan kesihatan payudara dan menggalakkan kesemua kaum di serata dunia memerangi penyakit kanser payudara dari segi menderma.
Tema kempen Breast Cancer Awareness kali ini adalah “Hear Our Stories, Share Yours” dalam memanggil wanita atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit kanser payudara dalam berkongsi cerita serba sedikit tentang kehidupan dan penyakit yang mereka alami. Ini bermakna dengan cara perkongsian cerita dikhalayak ramai, ia sekaligus boleh membangkitkan semangat dalam memerangi kanser payudara bersama-sama tidak kira lelaki mahupun wanita kerana sememangnya sesiapa sahaja perlulah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah penyakit no.1 di dunia ini.
Pada tahun ini, Estee Lauder mensasarkan lebih kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahayanya penyakit ini dan bersama memeranginya. Dengan aktiviti yang dijadualkana sepanjang bulan Oktober ini berharap dalam mencapai target untuk memaksimakan kesedaran kanser payudara.
Aktiviti Kempen Breast Cancer Awareness Estee Lauder
Pink Ribbon Charity Golf (18 September 2014)
Yuran kemasukan sebanyak RM900 seorang atau RM3600 per pakej. Segala jenis pembayaran akan diddermakan kepada badan amal. Setiap pemain akan mendapat hadiah cenderamata serta berpeluang memenangi hadiah cabutanbertuah.
Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC)
Feel Better Beauty Workshop (25 September 2014)
Wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara dijemput hadir dalam mengambil tempat dalam program ini untuk memanjakan diri dengan aktiviti-aktiviti percuma oleh Estee Lauder.
Eastern dan Oriental Penang
Pink Charity Dinner (9 Oktober 2014)
Kali ini Pink Charity Dinner kembali lagi dengan menjemput ahli-ahli korporat serta badan-badan kemasyarakatan ke majlis amal makan malam ini sekaligus mengajak mereka dalam Pink Auction Event untuk bertawaran sambil menderma kerana keseluruhan bersih wang yang dipungut akan didermakan badan amal kanser payudara.
The Majestic Hotel, Kuala Lumpur
Program Penajaan Pemeriksaan Mammogram
Estee Lauder akan berganding bahu dengan Malaysia’s National Cancer Society dan College of Radiology dalam menjadikan program tajaan Mammogram bagi kaum wanita yang tinggal di bahagian perkampungan dan kawasan luar bandar satu kejayaan dalam mengajar mereka tentang pentingnya pemeriksaan payudara dan mammogram serta memberikan pengangkutan percuma kepada mereka untuk ke hospital kerajaan dan melakukan ujian mammogram secara percuma. Malaysia digalakkan meembantu dalam mendermakan RM50 pada Estee Lauder untuk menjayakan program ini bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2014.
Eksklusif Pink Merchandise
Barangan merchandise pink yang eksklusif akan mula dijual di kalangan rakyat Malaysia untuk memberikan kesedaran dalam diri masyarakat tentang penyakit ini. Sebahagian dari wang jualan akan didermakan juga kepada badan amal kanser payudara.
1. Estee Lauder Evelyn Lauder dan Elizabeth Hurley Dream Pink Collection (RM110)
2. La Mer The Hand Treatment (RM160)
Jika anda ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kempen BCA dan menderma, sila layari http://bcacampaign.com/ #BCAcampaign