Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Bau badan atau bau ketiak menyebabkan hari anda kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai atau teman – teman. Kadang kala buatkan anda berasa malu dan moody dengan diri anda dek kerana bau badan yang tidak mahu hilang walaupun sudah menggunakan deodorant badan.
Jangan risau lagi kerana EH! Kongsi petua hilangkan bau badan untuk anda cuba.
Limau Nipis
Perah jus dari dua biji limau nipis dna campurkan dengan kapur sirih serta gaul sehingga sebati. Kemudian sapu rata pada bahagian ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas bersama air dan amalkan tiga kali seminggu.
Bunga Cengkih
Rendam bunga cengkih yang sudah matang dengan air panas sehingga ia kembang. Biarkan air menyejuk sedikit untuk mengelakkan kulit melecur. Sapu air rendaman bunga cengkih tadi pada bahagian ketiak. Amalkan sekerap mungkin untuk menghilangkan bau badan secepat mungkin.
Timun
Hiris beberapa keping timun. Semasa mandi, gosokkan kepingan timun yang dihiris pada seluruh bahagian badan yang bermasalah dengan bau badan. Bilas semula dengan air selepas beberapa minit.
Daun Sirih
Ambil lima helai daun sirih dan rendamkan dalam air panas. Biarkan air tersebut menyejuk dan setelah itu minum air rendaman daun sirih tersebut. Tambah sedikit gula untuk perasa. Amalkan sebagai rutin harian kerana ia mujarab untuk menghilangkan bau badan.