Oleh: Farhana Fuad
Pelakon wanita terkenal ini sememangnya bertuah kerana dianugerahkan bentuk badan yang langsing. Ditambah pula dengan rambutnya yang lebat, terurus cantik dan ronanya hitam pekat menyempurnakan lagi penampilannya yang cukup feminin.
Fouziah ternyata seorang wanita yang cantik semulajadi dengan kulitnya yang halus mulus. EH! Kongsikan tip kecantikan Fouziah Gous yang buatkan dirinya sentiasa jelita dan menawan.
Rahsia anda untuk kekal tampak muda?
Saya percaya pada workout. Setiap kali selepas gim di waktu petang, saya dapat lihat kulit saya tampak bersih. Kerana dengan senaman ia akan pam jantung anda. Malah apabila anda berpeluh juga segala toksin dalam badan akan keluar.
Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Tinted moisturizer, ia memberikan lembapan dan warna pada masa yang sama.
Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut? Mungkin ada sebarang petua tradisi?
Saya akan lumurkan minyak bayi pada rambut dan kulit kepala dan bungkus dengan tuala lalu tidur. Keesokan paginya saya akan cuci seperti biasa.
Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Bersenam, cuci muka sebelum tidur, oles serum dan pelembap.
Selain menggunakan produk tertentu, apa lagi yang anda lakukan demi memastikan kulit kekal sihat dan tampak segar?
Tidur yang cukup. Baby sleep sehingga 8 jam. Selepas mencuci muka saya tidak akan lap wajah dengan tuala, saya selalu mengamalkan lap dengan tisu atau biarkan ia kering secara semulajadi.
Anda percaya dalam pengambilan pil vitamin atau makanan tambahan?
Ya, saya amalkan pengambilan vitamin C.
Ada sebarang minuman atau makanan yang anda amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga.
Saya amalkan minuman susu kambing.
Anda mengamalkan sebarang diet?
Tidak, tidak pernah sebenarnya. Saya kurang mengambil makanan manis dan berminyak, memang secara semulajadi saya tidak suka, bukan saya elakkan.
Bagaimana pula dengan senaman? Senaman apa yang anda lakukan?
Saya biasa melakukan senaman kardio.