Oleh: Farhana Fuad
Kemuncak Anugerah Drama Festival KL 2015 berlangsung dengan jayanya malam tadi di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis anugerah yang berprestij ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal tanah air serta para peminat. Persembahan-persembahan yang berunsurkan drama juga turut dipersembahkan oleh para pelakon melalui adegan-adegan yang mencuit hati serta menghiburkan.
DFKL kali ini merupakan tahun yang kedua penganjurannya. Para pemenang bagi setiap kategori diadili penuh dari undian penonton melalui laman web rasmi DFKL iaitu www.dfkl.com.my.
DFKL 2015 membawa tujuh jenis kategori secara keseluruhannya serta ditambah bersama kategori Drama pendek Pilihan yang dibuka penyertaannya secara umum di khalayak ramai. Antara kategorinya adalah Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, Pelakon Wanita Drama Pilihan dan Pelakon Lelaki Drama Pilihan. Tahniah buat para pemenang. Berikut adalah pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan:
Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilifitri Mohamed Yunus
Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli
Kristal Maya
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin
Rindu Awak 200%
Hero & Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pilihan
Rindu Awak 200%
Drama Pendek Pilihan
Muhamad Haizad Hashim
Luahan Abah