Gambar : INGimage
Tidak ramai lelaki moden hari ini meletakkan idea berkahwin itu sebagai satu kemestian dalam agenda hidup mereka. Sama ada mereka tidak pernah serius memikirkannya atau masih belum bertemu dengan apa yang mereka cari.
Dalam satu artikal ditulis Hillary White menyatakan alasan mengapa lelaki takut mengakhiri zaman bujang mereka adalah atas alasan “woman aren’t women anymore” tambah Hillary, kebanyakkan wanita hari ini menganggap lelaki sebagai persaing juga musuh atas alasan yang kabur.
Apa yang menarik tentang tulisan Hillary menerusi artikalnya “Young Men Giving Up On Marriage”apabila dia menulis bahawa lelaki hari ini sudah penat dipersalahkan wanita setiap kali pertelagahan atau perpisahan terjadi.
EH! merungkai lebih lanjut perihal lelaki dan perkahwinan.
Tiada Lagi Kebebasan
Lelaki di lahirkan independent by nature. Setiap apa yang dilakukan atau diputuskan, tidak perlu pengaruh atau nasihat sesiapa dan lelaki hidup dalam aturan hidup mereka sendiri. Kerana itu jugalah ego lelaki dikatakan sangat tinggi disebabkan mereka tahu apa yang mereka mahu. Komitmen dalam perkahwinan tentu sahaja akan membataskan kebebasan melakukan apa jua hal yang biasa mereka lakukan ketika hidup solo.
Apa Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?
Amber Madison melakukan kaji selidik tentang lelaki dan perhubungan menyatakan kebanyakan lelaki mahukan perkahwinan mereka berlandaskan kejujuran. Tambah Madison mungkin lelaki tidak nampak serius bila bercakap tentang perkahwinan namun daripada kajian dilakukan, 54 peratus lelaki bersetuju bahawa perkahwinan itu perlu setelah bertemu dengan wanita yang mereka mahu habiskan masa bersama. Selain itu lelaki juga mahukan bakal isteri mereka bijak komunikasi, miliki personaliti yang menyenangkan dan tidak materialistik.
Fakta Lelaki Dan Perkahwinan
- Lelaki dan idea persiapan perkahwinan bagai langit dan bumi. Bukan kerana tidak menginginkan perkawinan mewah cuma bagi mereka berlebih-lebihan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mereka inginkan.
- Lelaki sebetulnya lebih memikirkan tentang kehidupan selepas kahwin dan hal ini tentu saja berbeza dengan wanita yang punya banyak keinginan dalam merealisasikan majlis yang mereka idamkan.
- Jim Burns dalam artikelnya menulis lelaki adalah makhluk yang paling insecure. Perkahwinan adalah perkara yang menuntut mereka berfikir lama dan antara alasan utama adalah kerana kurang kepercayaan terhadap diri sendiri.