Gambar: INGimage
Masalah kulit kering adalah perkara yang paling digeruni oleh setiap wanita. Lebih-lebih lagi jika anda sedang menghitung detik bahagia. Menginginkan kulit yang tiada cacat cela adalah impian setiap wanita, jadi penjagaan kulit adalah perkara yang mesti dititik beratkan.
EH! berkongsi beberapa tip bagaimana ingin mencegah kulit kering.
- MAKANAN SEIMBANG Yang pertama tentunya menjaga gizi dalam pemakanan seimbang. Terutama air yang cukup, tidak semestinya anda minum lapan gelas sehari (terpulang kepada aktiviti anda). Ambil vitamin yang mencukupi, vitamin C dan E memiliki antioksidan yang kuat untuk menyangkal segala keroskan yang terjadi pada sel.
- MANDIAN SEMPURNA Pencegahan lain ialah mandi menggunakan air suam-suam kuku. Air suam-suam kuku suhunya tidak memiliki perbezaan ketara dengan suhu tubuh kita. Berendam adalah cara mandi yang lebih baik bagi melindungi kelembapan kulit jika dibandingkan dengan pancuran air. Sabun yang digunakan saat mandi juga mestilah lembut dan mengandungi pelembap.
- MENGUNAKAN PELEMBAP DAN PUPUR Amalkan penggunaan pelembap, jika mempunyai masa, gunakan pupur sebelum anda mengoles pelembap sebelum tidur. Ia dapat membantu merawat kulit tercemar pada siang hari serta menggekalkan penghidratan sempurna pada keesokkan hari.
- ELAK MENGGARU Menggaru akan menyebabkan kulit lebih kering dan lebih gatal sehingga menjadi kemerah-merahan. Kuku juga harus dijaga agar sentiasa pendek supaya tidak melukai kulit sekiranya anda menggaru.