[tab: Bella]
MENANG!
Essential Hydrating Facial
BERNILAI RM 260
Berpengalaman lebih dari tiga dekad dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kulit, Bella adalah perintis dalam memperkenalkan rawatan atau sistem yang paling maju, sama ada untuk penjagaan kulit ataupun penyingkiran bulu di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia dan Filipina. Di setiap cawangan Bella terdapat pelbagai jenis rawatan muka yang boleh dipilih, dan antara rawatan yang paling sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap ini adalah rawatan Essential Hydrating. Dengan menggunakan Rose Mist Essential Water, ia dapat memulih dan meningkatkan tahap penghidratan kulit dengan serta merta. Kesan Nano daripada Rose Mist ini pula akan menembusi jauh ke dalam kulit dan memberi kesan penghidratan yang lebih lama. Malah, rawatan Essential Hydrating mengandungi faktor pelembap semulajadi, yang mana ia membantu untuk menghidrat kulit secara intensif dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Bagi mereka yang membuat rawatan muka di Bella, mereka juga dapat menikmati rawatan tambahan iaitu Pampering Hand Spa, Heavenly Detox Massage, Heavenly Flora Soothing dan Heavenly Uplifting Massage.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Darphin]
MENANG!
Darphin Stimulskin Plus Lift Renewal Series
BERNILAI RM 1564
Setiap wanita memasang impian untuk memiliki kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan sebahagian wanita untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Dan hadirnya Stimulskin Plus Lift Renewal Series, semestinya keinginan tersebut dapat dicapai. Serum ini bukan sahaja mengandungi bahan-bahan rumusan dari rangkaian Stimulskin plus, malah serum yang menakjubkan ini dapat membantu anda untuk merangsang penhasilan sel kulit secara semulajadi dalam 30 hari. Hari demi hari, Ia membantu untuk meningkatkan pengeluaran kolagen semulajadi, mengurangkan kemunculan kedutan dan garis-garis pada bahagian muka, dan juga meningkatkan daya tahan semulajadi kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih licin, ton sekata, berseri dan semestinya kelihatan lebih muda.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Britney Spears]
MENANG!
Wangian Britney Spears
BERNILAI RM 951
Britney Spears, artis pop terkemuka sejak kemunculan album debutnya Baby One More Time pada 1997 mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis genre muzik ke dalam gubahan lagunya dari masa ke semasa. Bakat terpendam inilah yang melonjakkan kerjayanya sebagai seorang pop ikon. Namun, Britney tidak berhenti di situ sahaja, malah dia juga telah mengembangkan bakatnya ke arah penciptaan wangian. Sehingga kini, Britney telah mencipta 16 wangian, dan yang terbaru adalah Rocker Femme Fantasy BRITNEY SPEARS. Diinspirasikan daripada gaya seorang gadis rocker yang bersahaja, wangian ini mempunyai komposisi buah-buahan dan creamy accords bagi mencipta elemen yang edgy dan provokatif. Ia juga mengandungi gabungan aroma velvet gardenia, jasmin dan violet untuk mewujudkan haruman yang menggoda. Bukan itu sahaja, wangian ini disempurnakan dengan golden amber, cashmere woods dan vanilla mask bagi menambahkan sifat keberanian kepada si pemakai. Kesenian dan ketelitian wangian ini dapat dilihat menerusi bungkusannya yang tampak feminin lagi dramatik dengan transisi merah jambu ke hitam. Akhir sekali, botol wangian ini dihiasi dengan permata dan kolar hitam yang anggun.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Melvita]
MENANG!
Organic Nectar Bright Brightening Concentrate
BERNILAI RM 445
Semua wanita impikan wajah yang cerah berseri. Bukan sekadar cerah, kalau boleh licin tanpa sebarang cela. Demi memenuhi impian wanita sejagat, Melvita menghasilkan produk terbaru, Organic Nectar Bright Brightening Concentrate iaitu serum dengan tindakan khusus, yang menggabungkan ciri-ciri kompleks lima bunga putih dengan ekstrak alga perang Ascophyllum Nodosum untuk menangani, mencegah dan melindungi kulit daripada pigmentasi. Setiap jenis bunga yang terdapat dalam serum ini mempunyai manfaat yang tersendiri dimana ia dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV, mengatasi masalah kulit tidak sekata, sekali gus mengembalikan seri wajah. Ekstrak alga perang Ascophyllum Nodosum yang terdapat di dalam serum ini juga dapat memudarkan bintik gelap dan mencergaskan sel semula. Bagi menambahkan keberkesanan formula pencerahan kulit, anda haruslah menggunakan serum ini bersama produk penjagaan kulit Melvita Organic Nectar Bright yang lain untuk menjadikan kulit cantik berseri dengan ton sekata!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Spy]
MENANG!
Tiket bermusim dan barangan edisi terhad SPY
BERNILAI RM 5600
Filem komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Paul Feig menceritakan tentang kisah seorang penganalisis CIA bernama Susan Cooper (Melissa McCarthy), seorang wira disebalik tabir bagi misi berbahaya dan hanya melakukan kerja-kerja menulis di dalam pejabat. Akan tetapi, apabila pasangannya (Jude Law) hilang dan tidak dapat ditemui, bahkan salah satu ejen terbaik CIA (Jason Statham) pulak dikompromi, Susan Cooper menawarkan dirinya untuk menyamar dan menyusup masuk ke dalam dunia berbahaya bagi mencegahkan dari bencana global.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2015