Suasana lebaran takkan lengkap tanpa juadah turun-temurun seperti rendang, lemang dan ketupat. Tetapi sentiasa beringat untuk kawal pemakanan sewaktu raya kerana takut berat badan akan naik secara mendadak pula.
Dan tidak lengkap juga suasana raya jika tidak disertakan dengan kuih muih pelbagai bentuk dan rasa. Dan kini ada pelbagai jenis kuih raya yang memeriahkan lagi meja jamuan memenuhi balang cantik Syawal nanti.
Selain kuih klasik seperti tat nanas, samperit, batang buruk dan kerepek, biskut raya turut dijadikan bahan eksperimen dalam menghasilkan pilihan yang lebih moden serta bercitarasa tinggi. Disebabkan pilihan yang pelbagai EH! kongsi beberapa jenis biskut raya masa kini yang boleh anda sertakan dalam senarai juadah mesti ada menjelang lebaran nanti.
Biskut Pelangi
Gambar: www.benashaari.com