KL Fashion Week 2015 (KLFW 2015) yang berprestij kini kembali lagi dan EH! berbangga untuk menjadi salah satu rakan media untuk acara ini!
Sebuah platform tahunan bagi pereka fesyen Malaysia untuk mempamerkan koleksi ‘Ready-To-Wear’ mereka berlangsung daripada 12 hingga 16 Ogos 2015 di Pavilion Kuala Lumpur. Dengan tema ‘The Runway Collection 2015’, KLFW akan mengetengahkan 80+ pereka tempatan seperti Fazura, Wak Doyok, James Hock dan juga Line 32 oleh Yvonne Lim dan Beverly Leong, My Apparel Zoo oleh Ellie E. Norman, Moto Guo dan Soonaru yang akan menunjukkan koleksi mereka buat kali pertama. Dengan kolaborasi bersama Tourism Malaysia, KLFW 2015 juga menjemput 5 pereka antarabangsa dari China, United Kingdom, Australia, Singapura dan Indonesia untuk membuat penampilan bagi mengembangkan lagi industri fesyen tempatan.
Dell, penaja berteknologi rasmi untuk KLFW 2015 dengan bangganya memperkenalkan Dell XPS 13. Digayakan dengan warna menggoda perak dan ebony, XPS 13 pasti tidak mengecewakan dengan reka bentuknya yang nipis dan skrin yang cukup bergaya. Ultrabook yang seksi ini akan membuat anda kagum dengan paparan infiniti virtual tanpa sempadan yang pertama di dunia! Paparan 13-inci yang dimuatkan ke dalam komputer riba 11 inci sudah tentu dapat menawarkan pemandangan yang jelas dan menakjubkan dari setiap sudut.
Ingin ketahui bagaimana anda boleh menang Dell XPS 13 bernilai RM5,193*?
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Apa yang anda perlu lakukan adalah :-
- Tunjukkan kepada kami OOTD anda yang paling ‘chic dan stylish’ dalam Instagram!
- Hashtag kami di instagram #EHMalaysia #EHxKLFW
Terma & Syarat
- Hanya penyertaan dari tarikh 25 Jun 2015 dan seterusnya akan diterima
- Setiap penyertaan harus ada hashtag #EHMalaysia dan #EHxKLFW
- Keputusan hakim adalah muktamad
- Hadiah mesti dituntut di pejabat Blu Inc Media di Seksyen 13, PJ
Peraduan akan berakhir pada jam 11.59pm pada 31 Julai 2015, jadi apa yang ditunggu lagi? Cepat tunjukkan kami OOTD anda!