Oleh Sazzy Falak
Nasihat untuk diri saya ketika muda?
Jangan terlalu mudah meletakkan kepercayaan. Ianya mungkin akan diakhiri dengan kekecewaan oleh mereka yang anda sangka anda sayang.
Tidak perlu hidup dalam kebimbangan kerana akhirnya ianya akan sentiasa menjadi lebih baik, serta apa yang telah tersurat tetap akan berlaku.
Jangan terlalu fokus tentang anggapan orang lain terhadapmu. Percayalah bahawa mereka akan melihat sisi terbaik dirimu dan jika tidak, mereka tidak layak untuk mengawal emosimu.
Jangan tidur dengan solekan. (Saya masih melakukannya. Saya tahu… Slap slap!)
Jangan terlalu berjaga sehingga lewat malam. Ianya menyebabkan kantung mata.
Jangan tinggalkan sarapan.
Jangan biarkan suis pemanas air sentiasa dibuka.
Jangan lupa untuk menggunakan krim atau produk pelindung sinar.
Jangan biarkan pepijat katil menggigit. Tukar cadarmu dengan lebih kerap!
Jangan terlalu berkerut.
Jangan lupa untuk mengoles pelembap.
Perkara-perkara kecil yang saya sangka mampu membawa kepada perubahan. Saya sering berjanji untuk menjaga diri sendiri dengan lebih baik lagi, untuk bekerja keras, membuat serta mendapat keputusan yang lebih baik dan sebagainya. Adakah saya akan berada di tahap yang lebih baik jika saya mengikut landasan itu secara konsisten?
Jawapannya adalah… tidak.
Kerana tidak kira apa pun, saya tetap setia pada diri serta impian. Saya mungkin terlupa untuk mencuci solekan tetapi saya tidak pernah lupa akan matlamat saya. Saya mungkin pernah membiarkan persepsi orang meracuni diri, tetapi ia tidak pernah menjauhkan saya dari mencapai matlamat itu. Saya mungkin kekurangan tidur kerana kerisauan dan menyebabkan terjadinya kantung mata, namun ianya mendekatkan saya kepada sasaran itu. Saya bekerja keras dan pada masa yang sama I played hard as well.
Nota untuk saya di masa hadapan, teruskan apa yang anda lakukan sekarang. Belajar daripada kesilapan dan jangan pernah takut untuk melakukannya. Ingatlah sokongan daripada mereka di sekeliling yang sayangkan kamu. Jangan menyesal, baik buruknya pengalaman itu ianya menjadikanmu siapa dirimu.
Dan untuk semua wanita di luar sana tidak kira siapa atau apa pun anda, percayalah pada diri dan kuatkan iman. Yakinlah semuanya akan menjadi lebih baik lagi. Ketahuilah bahawa anda telah melakukan yang terbaik, walau anda seperti merasakan tidak.
“A life filled with mistakes, errors and regret is far better than a ‘perfect’ one where others make your choices for you.” – Indrajit Singha
Kolaborasi bersama kempen #FaceForward Clinique
Sistem penjagaan kulit 3-Step Clinique ikonik memandang jauh ke masa depan dan bukan sekadar berbicara mengenai kulit yang sihat. Bersama Clinique dalam kempen #FaceForward dan tanya diri anda, “Jika saya boleh memberikan nasihat untuk diri sendiri pada masa depan, apakah nasihat yang akan saya berikan?” Clinique menjemput anda untuk berjanji dan kongsinya dengan dunia di laman sosial dengan hashtag #Clinique dan #FaceForward
Sazzy terpilih sebagai “suara” generasi kini yang tidak pernah kenal erti mengalah dan terus mengorak langkah dalam merencana kerjaya serta cita-citanya. Menyeimbangi dunianya sebagai seorang selebriti, Sazzy masih mendahulukan tugasnya sebagai isteri dan juga ibu kepada anak kembarnya. Clinique percaya Sazzy adalah antara wanita muda yang berani menyahut cabaran, dan menjadi inspirasi buat wanita muda kini.
Kempen #FaceForward secara global yang dilancarkan Clinique bulan ini menampilkan beberapa personaliti yang mencerminkan ketabahan dan keberanian dalam menterjemahkan matlamat teras Clinique. Mereka adalah Margaret Zhang (penata gaya, penulis, jurugambar dan bintang realiti) dan Tavi Gevinson (penulis blog, pengasas majalah digital Rookie serta pengulas fesyen muda yang disegani).
Jarang sekali untuk Clinique menggunakan wajah atau personaliti untuk menghiasi kempennya dan melancarkan 3-Step Millennial kali ini mengetengahkan barisan wanita muda berjaya termasuk Sazzy sebagai suara wanita moden Malaysia.
Ikuti klip istimewa bersama Margaret Zhang ketika sesi penggambaran bersama Clinique.