Gambar: newyorkfamily.com
Selain hidangan utama seperti ketupat dan rendang, jom sajikan juga manisan sebagai pelengkap meja makan buat tetamu di aidilfitri.
Biskut Coklat Ceri Merah
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
170 gram mentega, suhu bilik
1 cawan gula
2 biji telur
1 cawan cip coklat putih, dicairkan
1 1/2 cawan cip coklat putih
3/4 cawan ceri kering
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
- Ayak bersama tepung serba guna, serbuk kok, serbuk penaik dan garam. Menggunakan mesin pemutar elektrik, pukul mentega dan gula dalam kelajuan tinggi sehingga ringan dan kembang.
- Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan telur sebiji demi sebiji . Kemudian, masukkan cip coklat yang sudah dicairkan.
- Adunan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sambil mesin berputar dalam kelajuan perlahan. Setelah sebati, campurkan cip coklat putih dan ceri kering ke dalam adunan tepung dan gaulkannya menggunakan senduk kayu.
- Dalam ukuran satu sudu besar, cedok adunan ke dalam dulang pembakar yang sudah digris. Elakkan susun terlalu rapat kerana ia akan mengembang ketika dibakar.
- Bakar selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, biarkan pada suhu bilik untuk beberapa ketika sebelum dihidangkan atau diletakkan di dalam bekas kuih.