Gambar: INGimage
Semua sudah tersedia rapi untuk menikmati malam penuh indah bersama pasangan di kamar tidur. Wangian lilin lavender, cadar katil dari jenis kapas bermutu tinggi malah rambut juga sudah sempurna didandan. Namun, anda hanya mengenakan baju tidur lusuh untuk malam istimewa itu. Ah, punah impian si dia, mungkin mati selera. Jangan ambil mudah dengan pakaian kala mengadakan seks kerana ia dapat membantu menaikkan berahi. Ikuti tip memilih baju dalam untuk malam istimewa bersama suami.
Topik Berkaitan : 15 Cara Jadi Seksi
Cari kelainan
Jika sebelum ini anda lebih selesa memilih gaya baju dalam yang konservatif, apa kata cuba sesuatu yang lain dengan pemilihan yang lebih nakal dan seksi. Mungkin pasangan anda lebih gemar dengan rona pastel dan gaya gadis perawan yang lemah lembut, namun tidak salah untuk mencuba rona merah dan hitam dengan perincian renda.
Topik Berkaitan : Etika Ketika Seks
Cantik dan berani
Wanita lebih yakin dalam persalinan yang membuatkan mereka tampak seksi dan cantik. Jangan sesekali memilih baju dalam yang tidak anda sukai kerana ia boleh merencatkan pergerakan anda sepanjang malam bersama pasangan. Anda akan lebih kerap berfikir mengenai persepsi pasangan mengenai bentuk badan menggayakan baju dalam baru itu berbanding fokus melayan aktiviti seks kalian.
Topik Berkaitan : Cara Yakin Seksi dan Menarik
Tekstur dan kualiti bahan
Koleksi baju dalam tidak hanya hadir dalam bentuk satin atau les sahaja. Ada juga yang diperbuat daripada fabrik kapas yang memberi keselesaan. Jadi bijak dalam memilih baju dalam kapas yang boleh menyerlahkan sisi seksi anda.
Topik Berkaitan : Posisi Seks Berbahaya
Lebih kecil, bukan lebih besar
Ada wanita yang tidak begitu yakin dengan bentuk badan sendiri lalu memilih baju dalam yang mempunyai saiz terlalu besar berbanding tubuh badan sebenar. Baju dalam yang menggeleber is a big turn-off! Jika anda mahukan sesuatu yang tidak terlalu ketat, dapatkan baju dalam berpotongan gaun pendek atau top jarang bertali halus yang memberi impak flowy serta gaya manis.
Topik Berkaitan : Tanda Lelaki Mahukan Seks
Cari yang sepadan
Setiap wanita dilahirkan dengan bentuk badan yang berlainan. Ada yang berisi, dan ada pula yang kurus langsing. Jangan paksa diri untuk muat dalam baju dalam yang anda pilih kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan kekok. Pasti tidak menarik apabila melihat anda sibuk membetulkan tali bra, menguis thong mahupun tidak bernafas dengan betul dalam baju dalam yang terlalu ketat.
Topik Berkaitan : Terma Seks Rahsia
Bantuan dan sokongan
Jika anda dianugerahkan payudara yang cantik dan menggiurkan, anda pasti memerlukan bra yang membuatkan ‘aset’ anda cantik terletak. Pilih bra yang mempunyai perincian dawai yang betul bagi memberi sokongan kepadanya. Menjadi kesalahan apabila anda mempunyai saiz payudara dengan mangkuk saiz D, namun memilih bra yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Selain mencacatkan penampilan, ia menyebabkan ketidakselesaan dan masalah kesihatan dari segi postur dan fizikal badan.
Topik Berkaitan : Pakaian Seksi Di Mata Lelaki