Gambar: INGimage
Cantik secara semula jadi itu lebih menawan sebenarnya berbanding cantik yang bergantung pada bantuan kosmetik. Penjagaan kulit wajah agar lebih sihat dan anjal biar pun umur sudah meningkat antara yang menjadi keutamaan buat semua wanita kini.
Terdapat seleksi bahan semula jadi yang sering digunakan dalam produk kecantikan, dan ada antaranya boleh anda lakukan sendiri di rumah. EH! kongsi bahan semula jadi atau organik yang baik untuk kulit anda.
Topik Berkaitan: Ketahui Cara Untuk Miliki Kulit Bak Porselin
PELEMBAP WAJAH
Campurkan madu, lemon dan minyak sayuran sebagai pelembap wajah kepada kulit kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci bersih.
Topik Berkaitan: Kembalikan Kesegaran dan Kecantikan Kulit
KULIT BERSERI
Panaskan 4 sudu besar minyak badam, 2 sudu besar lanolin, jeli petroleum serta minyak zaitun. Biarkan sejuk seketika dan kemudian sapu rata pada kulit. Boleh juga digunakan untuk badan.
Topik Berkaitan: Jenis Makanan Yang Mengekalkan Hidrasi Kulit
MENANGGALKAN KULIT MATI
Rumusan terbaik untuk mereka yang baru pulang dari bercuti dan terkesan dengan kulit gelap akibat selaran matahari. Buat pupur wajah dengan campuran putih telur dan madu. Sapu pada muka dan biar kering, kemudian tanggalkannya perlahan.
Topik Berkaitan: Lima Cara Lindungi Kulit Dari Kerosakan Cahaya Matahari
UNTUK KULIT BERMINYAK
Gunakan hirisan epal halus dan gosok pada wajah perlahan. Ia dapat membantu mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak.
Topik Berkaitan: Makanan Kaya Anti-Oksidan Baik Untuk Kulit
SKRUB
Campurkan oat, madu, yogurt dan serbuk badam. Sapu pada wajah dan biar kering selama 5 minit, kemudian gosok perlahan agar dapat menyingkir sel mati pada kulit. Cuci dengan air suam.