Oleh: Farhana Fuad
Apabila di sebut sahaja nama dua watak utama yang berganding dalam filem yang pernah satu ketika hangat pada tahun 2002 lalu, pastinya membuatkan segala kenangan lama turut terimbas. Bahkan boleh membuatkan rasa untuk kembali menonton filem hit negara jiran yang tidak kurang hebat pembikinan serta jalan ceritanya ini yang mampu membuatkan keterujaan untuk mengikuti penuh filem-filem karya produksi Indonesia yang lain.
Jadi, EH! ada senaraikan pilihan filem romantis ciptaan produksi hebat dari Indonesia untuk ditonton kala tiada sebarang perancangan.
Ada Apa Dengan Cinta
Gambar: Sumber Google
Sebuah filem remaja, karya Rudy Soedjarwo yang mengisahkan cerita cinta dan kehidupan sekumpulan remaja di sebuah sekolah di Indonesia. Dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo serta ramai lagi.
Eiffel..I’m in Love
Gambar: id.wikipedia.org
Filem hasil produksi Nasri Cheppy yang menceritakan sebuah kisah cinta antara pasangan remaja Indonesia yang duduk berjauhan. Ianya merupakan adaptasi dari sebuah novel berjudul sama seperti tajuk filem ini. Dilakonkan oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia.
https://www.youtube.com/watch?v=uyCo6fMmUX0
30 Hari Mencari Cinta
Gambar: www.rdio.com
Menceritakan tentang tiga orang gadis pingitan yang berlawan sesama sendiri dalam mencari cinta sejati dalam masa 30 hari. Ianya merupaka hasil ciptaan Upi Avianto. Dibintangi oleh Luna Maya, Maria Agnes dan Vino G.Bastian.
Janji Joni
Gambar: en.wikipedia.org
Mengisahkan tentang seorang penghantar filem yang berjanji kepada seorang gadis jelita untuk menghantar negatif filem yang diminta tepat pada waktu untuk dipertontonkan di pawagam. Tetapi hiruk pikuk kota seperti menghalangnya untuk menghantarnya tepat pada waktu. Ianya dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Mariana Renata.
Heart
Gambar: blog.viki.com
Ianya menceritakan tentang kisah persahabatan Rachel (Nirina Zubir) dan Farel (Irwansyah) yang sudah bersahabat sejak dari kecil lagi. Rachel merupakan seorang gadis yang berkelakuan tomboi yang dalam diam sebenarnya mula menyukai Farel apabila meningkat remaja. Namun, Farel mengakui yang dia sudah terjatuh hati pada Luna (Acha Septriasa). Ianya menjadi lebih genting apabila Rachel terlibat dalam sebuah kemalangan dan mengalami kecederaan serius pada bahagian kakinya dan terpaksa dipotong. Ditambah lagi apabila Luna yang dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rachel akibat penyakit yang dihidapinya iaitu penyakit hati. Ianya membuatkan dilema kepada Rachel sama ada ingin membantu sahabat baiknya memiliki cinta hatinya dengan mendermakan hatinya atau tidak.
Love is Cinta
Gambar: Sumber Google
Kisah romantik lakonan Acha Septriasa dan Irwansyah ini menceritakan tentang dua orang sahabat baik dari sekolah tinggi. Ryan (Irwansyah) cuba untuk mengakui tentang rasa cintanya kepada Cinta (Acha Septriasa) tetapi Cinta berkeras kepala akan pengakuan Ryan. Ryan cuba untuk memberitahu tentang perasaan yang dirasainya kepada Cinta sebelum terbang ke New York untuk menyambung pelajaran. Namun, ianya tidak berjaya atas kekerasan hait Cinta. Sedetik pada hari Ryan ingin mula meninggalkan Indonesia, Cinta mula merasakan perasaan cinta antara mereka berdua benar-benar wujud. Ryan pada masa yang sama bergegas untuk berjumpa dengan Cinta dari lapangan terbang dan Cinta pula bergegas untuk ke lapangan terbang menemui Ryan. Tetapi nasib tidak menyebelahi apabila Ryan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya di jalan raya.
Apa Artinya Cinta
Gambar: id.wikipedia.org
Filem romantis remaja ini menceritakan tenatng Aliza (Shandy Aulia) yan menetap di Jakarta dan Dara (Samuel Rizal) yang menetap di Amerika Syarikat. Mereka berdua mula berkenalan setelah Dara yang juga jirannya pulang dari Amerika untuk menghabiskan cuti dari kuliahnya. Bermula dari situ, mereka saling mengenali antara satu sama lain. Ibu bapa Aliza yang juga sedang mencarikan universiti untuk Aliza melanjutkan pelajaran bersetuju untuk ke Amerika Syarikat dan di situ Aliza cuba menghubungi kembali Dara yang sudah pulang ke Amerika untuk bertemu.
Lost In Love
Gambar: Sumber Google
Ianya adalah sebuah filem remaja romantis yang dikatakan sambungan dari filem Eiffel I’m in Love. Namun, yang membezakannya adalah pelakon yang membintanginya adalah lain dari sebelum ini. Dilakonkan oleh Pevita Eileen Pearce sebagai Tita dan Richard Kevin sebagai Adit. Dalam filem ini tertampak hubungan kedua-dua orang pasangan kekasih ini mula mempunyai masalah dalaman.
The Butterfly
Gambar: blog.viki.com
Film ini berkisah tentang sebuah perjalanan tiga orang sahabat yaitu Fano (Andhika Pratama), Tia (Poppy Sovia), dan Desi (Debby Kristy) dalam pencarian jati diri dan mencari makna kehidupan bagi mereka. Tia merupakan seorang anak tunggal dan bersikap tomboi. Desi pula hadir dari keluarga yang kurang mampu dan mengidap penyakit leukemia. Fano mula jatuh hati pada Desi, sedangkan Desi tahu yang Tia menyukai Fano. Akhirnya Desi dan Tia bersepakat untuk menjadikan Fano sebagai sahabat sahaja. Desi merancang untuk melakukan sebuah perjalanan panjang bersama Tia dan Fano. Mereka berharap pengembaraan mereka ini akan menjadi sebuah perjalanan yang menghiburkan bagi Desi yang tertekan akibat konflik keluarga. Tetapi secara tiba-tiba Desi mula jatuh sakit ketika pengembaraan mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=apC-AQLJMG0
Ayat-ayat Cinta
Gambar: www.coroflot.com
Dibintangi oleh Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri, Cascia Adya Mecca dan Melanie Putra. Ianya mengisahkan cerita cinta tentang seorang penuntut di Al-Azhar, Mesir serta tiga orang gadis yang meminatinya. Berlatar belakangkan kehidupan di Mesir, kisah cinta mereka bergolak apabila Fahri (Fedi Nuril) dituduh sebagai perogol dan membuatkan hubungannya bersama isteri melalui tekanan hebat.