Gambar: TPGimages
Merah lambang keberanian, keghairahan, cinta, kewanitaan dan kuasa. Pengaruh merah dalam dunia fesyen tidak dapat disangkal sejak dulu lagi.
“Warna merah pada tapak kasut tiada fungsi lain selain untuk memberitahu umum bahawa kasut itu adalah kepunyaan saya. Saya memilih merah kerana ia menarik, nakal, mudah diingati dan ia rona keghairahan.” – Christian Louboutin
EH! kongsi-kan ilham menggayakan ceraian fesyen berona merah.
- Jika ke majlis makan malam usah ragu-ragu untuk menyarung gaun rona merah, pasti anda menyerlah kerana kebiasaannya ramai yang selesa menyarung rona hitam.
- Sekalipun anda menyarung busana berona hitam, hadirkan warna merah pada padanan aksesori seperti clutch, kasut mahupun perhiasan diri (anting-anting atau rantai leher) dengan batu rona merah.
- Merah punya banyak tona, hati-hati memilih merah kerana ada tona merah yang buat penampilan jadi kusam.
- Jika menggayakan helaian kasual seperti denim dan kemeja putih, beg rona merah akan menjadi ‘highlight’ kepada penampilan anda.
- Jika menggayakan helaian merah tidak semestinya anda juga perlu mencalit bibir dengan gincu merah. Kami sarankan anda seimbangkan pemakaian gincu berona asli. Lebih sederhana dan classy!
- Begitu juga dengan aksesori, pilih rona lain, emas misalnya jika anda menyarung gaun merah menyerlah.
- Jika anda mahu membeli sesuatu berwarna merah tahun ini, kami sarankan anda bermula dengan membeli kasut tumit tinggi bertutup rona merah. Ia boleh dipadankan dengan gaun hitam, celana panjang denim, mahupun legging hitam. Percayalah yang ia berbaloi!