Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Elfaeza Ulhaq
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis ini. Elfaeza Ulhaq merupakan gadis kelahiran kota Singapura yang juga pernah membintangi drama popular Adam dan Hawa.
“Tak ada alasan khusus pun kenapa saya memilih untuk bertudung. Cuma sudah lama mahu begini sejak lima tahun lalu. Kini saya rasa tak patut lagi menangguhkan niat ini. Apabila mula bertudung ini, dugaan itu banyak sebenarnya.
“Banyak perubahan yang kita kena lakukan dan biasakan. Bererti banyak juga benda yang kita kena belajar. Doakan saya baik-baik sahaja ya!,” ujar Elfaeza kepada BH Online.
Biarpun menetap di negara kelahirannya, tetapi Elfaeza masih kerap ke Kuala Lumpur apabila menerima tawaran lakonan bersama produksi lakonan di Malaysia.