Oleh: Farhana Fuad
Selebriti juga manusia biasa sama seperti kita. Mereka juga mempunyai citarasa dan item kegemaran kala berfesyen. Ianya secara automatik digelar barang kegemaran apabila ianya dilihat berkali-kali menggunakannya.
Jom lihat gambar selebriti bersama item fesyen kegemaran mereka.
Selena Gomez
Selebriti hangat di Amerika Syarikat ini gemar mengenakan kot kulit dengan perincian bahagian dalam yang diperbuat dari fur. Dilaporkan oleh media antarabangsa, Gomez sering kelihatan menyarung kot kulit ini berkali-kali. Nyata sekali ia adalah item fesyen kegemaran penyayi popular ini.
Niall Horan
Ahli kumpulan kegilaan ramai, One Direction, iaitu Niall Horan ini sering dilihat mengenakan topi besbol ketika keluar tidak kira kala bersantai mahupun di tempat awam. Berkemungkinan ianya item fesyen kegemarannya.
Taylor Swift
Penyanyi terkenal pujaan ramai ini dilihat selalu membimbit tas tangan berjenama Aldo. Ianya seakan satu item fesyen kesukaannya.
Harry Styles
Ahli kumpulan One Direction ini tidak sah kalau tidak kelihatan dengan baju kegemarannya ini.
Ariana Grande
Penyanyi bertubuh genit ini kelihatan kerap kali menyarung kasut tumit tinggi yang berwarna putih. Mungkin ianya item fesyen kegemaran Ariana Grande.