Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Malaysia kini bukan hanya dilanda masalah jerebu yang teruk sehingga memudaratkan kesihatan dan penglihatan, malah kini timbul pula kes demam kepialu yang menjadi-jadi. Ianya boleh merebak melalui air dan makanan yang dicemari najis dan muntah atau pesakit yang membawa kuman merbahaya ini.
Demam kepialu boleh merebak jika lalat yang menghinggapi najis atau muntah pesakit kepialu dan seterusnya membawa wabak tersebut kepada makanan atau air yang terdedah. Simptom-simptom yang boleh dilihat pada mereka yang dijangkiti adalah sakit kepala dengan teruk, sakit perut dan hilang selera makan, sembelit diikuti cirit-birit, demam panas mencecah 40 darjah selsius, ruam pada badan, badan lemah dan cengkung, serta tidak sedarkan diri dan kerap meracau.
- Ianya boleh dicegah sebelum terlambat. Ikuti langkah-langkah ini untuk pencegahan awal penyakit demam kepialu.
- Cuci tangan dengan sabun anti-bakteria dan air yang bersih dengan kerap.
- Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air yang bersih.
- Sebolehnya, elakkan untuk makan dan minum di luar. Jika anda ingin menjamu selera di luar, pastikan anda memilih gerai atau restoran yang bersih dan sempurna.
- Gunakan penyepit untuk mengambil makanan.
- Minum air yang dimasak sepenuhnya.
- Ambil ais yang dibuat menggunakan air yang dimasak sepenuhnya.
- Pilih minuman dari dalam botol. Ianya pilihan terbaik dari mengelakkan penyakit ini kerana sekurang-kurangnya ia tertutup rapi.
- Elak membeli makanan dan minuman di gerai-gerai yang terdedah pada persekitaran yang kotor.