Oleh : Farhana Fuad
Gambar: filmfare.com
Siapa kata yang pelakon tempatan tidak berkesempatan untuk bergandingan bersama bintang Bollywood. Raja Ilya, pelakon tempatan yang mempunyai raut wajah persis selebriti dari Bollywood ini bakal berlakon bersama pelakon terkenal dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang baru menyambut ulang tahun ke-20 filem tersebut bersama Shah Rukh Khan, iaitu Kajol.
Gambar: Instagram Raja Ilya
Menurut aktres jelita ini, gandingan hebat bersama Kajol ini adalah untuk filem terbaru arahan T. Anand yang berjudul KL Ke Bollywood yang bakal memulakan penggambaran pada bulan Disember depan.
Filem ini bakal melangsungkan penggambaran di Mumbai, India selama dua minggu. Sepatutnya penggambaran ini sudah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu tetapi tertangguh kerana disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dalam filem ini, Raja Ilya bakal memainkan watak seorang wanita yang bertutur dalam bahasa Hindi dari India Utara tetapi kini menetap di Malaysia. Dia cuba membantu pelakon lelaki utama dalam perfileman untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pelakon Bollywood.
“Jadi, Kajol akan memainkan watak sebagai salah seorang rakan selebriti saya yang di mana akan saya kenalkan pada watak pelakon filem lelaki dari Malaysia tersebut.” kata Raja Ilya.
Menurut sumber NST, Raja Ilya sebelum ini pernah beberapa kali membintangi filem produksi Tamil tempatan dan antarabangsa. Tetapi ianya adalah impian Ilya untuk bergandingan dengan filem Bollywood.