Oleh: Farhana Fuad
Ianya diumumkan sendiri oleh bapa kepada Noor Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid di laman Facebook miliknya. Dayana, merupakan isteri pertama Ashraf Muslim yang sebelum ini pernah mengalami pergolakan rumah tangga dek kerana Ashraf membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua. Dayana selamat melahirkan bayi pertamanya ini pada 10 Disember lalu pada jam 2.58petang di Hospital Kuala Lumpur.
Gambar: Facebook Haji Lokman Abdul Hamid
Namun, segalanya diselesaikan dengan cara yang baik dan sekaligus keluarga ini menerima seadanya akan segala yang telah berlaku. Sebelum ini, isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah Saburi selamat melahirkan dua orang anak bersama Ashraf dan kini giliran Dayana pula yang selamat mengurniakan bayi lelaki yang juga anak pertama baginya dan Ashraf.
Gambar: Instagram Ashraf Muslim
Ashraf yang juga turut menyatakan rasa bersyukur atas kurniaan buatnya ini serta jutaan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang tidak putus berdoa akan kesejahteraan dan kebahagian mereka sekeluarga.
Gambar: Instagram Ashraf Muslim