Oleh: Farhana Fuad
Gambar: OfficialHLive
Kecoh sebelum ini apabila status hubungan Adira AF bersama seorang lelaki berpangkat Datuk Seri dipertikaikan oleh orang ramai. Setelah itu, Adira mengambil keputusan untuk mengakui akan status sebenar mereka yang hakikatnya mereka sudah pun bernikah.
Gambar: Instagram Adira
Kebenaran itu diakui sendiri oleh penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini kepada pihak Utusan Online. Kali ini, Adira membuat pengakuan lanjut yang mereka bernikah di Songkhla, Thailand setelah 3 minggu berkenalan.
Gambar: Instagram Adira
Bagi Adira, tanggapan orang akan tindakannya itu tidak penting kerana baginya lebih utama apabila kedua-dua pihak keluarga sudah merestuinya. Bahkan, sebelum membuat pengakuan ini juga, Adira sudah mendapat persetujuan dari suaminya terlebih dahulu.
Gambar: Instagram Adira
“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga minggu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.”
“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri kedua tidak memberi masalah kepada diri saya. Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin”
“Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga. Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang,” ujarnya kepada Utusan Online.
Tambahnya lagi, “Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya”
“Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali,” jelas Adira.
EH! mengucapkan tahniah dan selamat melayari bahtera perkahwinan buat Adira. Semoga ikatan sah ini sentiasa diberkati dan diberikan kebahagiaan.