Mungkin sukar untuk kita capai gaya hidup sensasi atau miliki susuk tubuh bak Kendall Jenner, tetapi kita masih boleh pinjam aura kecantikan “cool girl” sepertinya. Sebagai wajah terkini Estee Lauder, Kendall berkongsi pilihannya bagi produk jenama unggul ini untuk anda turut zahirkan sendiri…
Advanced Night Repair, RM270 (30ml)
Beradu sambil membelai wajah! Serum anti-penuaan ini memaksimakan proses pembaharuan kulit secara semula jadi pada waktu malam untuk mengurangkan kemunculan kedutan dan garis halus. Tentunya anda akan tersenyum ceria melihat wajah berseri setiap pagi.
Double Wear Makeup To Go, RM175
Selain dari diperkaya dengan pelembap tiga dimensi yang kompleks untuk hidrasi dan juga liputan yang bertahan sehingga 8 jam, pek inovatif bedak asas cecair ini juga dalam bentuk kompak menjadikan aplikasi lebih mudah dan tidak comot.
Pure Color Envy Liquid Lip Potion in Lethal Red, RM98
Kendall Jenner cukup dikenali dengan gayanya bersama gincu merah terutama ketika melangkah di hamparan merah. Tentunya gincu high-intensity menjadi pilihannya dengan formula tahan lama dan juga kemasan satin-matte memberikan sentuhan penampilan mewah yang sempurna.
Modern Muse Le Rouge, RM212 (30ml)
Tak lengkap gaya hebat tanpa wangian yang bisa menawan kalbu. Aroma sofistikated Le Rouge disulam indah dengan nota flora dan buahan secara tidak langsung menyerlahkan pesona wanita yang berani dan juga menggoda dalam masa yang sama.
Kiri ke kanan: Double Wear Stay-In-Place Brow Lift Duo (RM106), Double Brow Brush (RM104), Brow Defining Pencil (RM95), Volumizing Brow Tint (RM105), Stay-In-Place Brow Gel (RM95)
Inilah dia rahsia Kendall Jenner sentiasa tampil anggun dengan kening yang cantik terbentuk. Sama ada anda baru berjinak dalam dunia solekan atau pakar merias wajah, rangkaian ini punyai produk dan tools terbaik untuk pastikan kening menawan setiap masa.
Ketahui lebih lagi mengenai pilihan Kendall Jenner di http://www.esteelauder.com.my/.