Anda masih lagi sedang memasang idea untuk mengejar gol tahun baru untuk bertubuh langsing? Sesetengah orang mempunyai metabolisme yang pantas dan sekaligus memberikan tubuh badan yang langsing dan kurus seperti yang diidamkan. Namun, ada sesetengah orang mempunyai tahap metabolisme tubuh yang sebaliknya.
Bahkan boleh dikatakan ramai yang mengidamkan tubuh yang cantik fit sempurna sedangkan sudah pelbagai cara dibuat tetapi masih tidak boleh dikecapi. Jadi, jangan berputus asa. Teruskan bersenam seperti yang anda amalkan tetapi tambah cara ini juga untuk amalan setiap hari sebelum tidur demi untuk merealisasi tubuh idaman anda dengan lebih efektif.
Ambil minuman berunsur protein sebelum tidur
Anda gemar mengambil snek sebelum tidur? Apa kata anda tukarkan menu snek tersebut kepada minuman protein. Ini kerana protein menggalakkan otot dirawat sepanjang malam. Jadi, lebih banyak otot yang terbina, lebih banyak kalori yang dimusnahkan ketika tidur.
Tidur dalam bilik gelap sepenuhnya
Pilih jenis langsir yang bermaterialkan blackout untuk menghalang sebarang cahaya masuk ke dalam bilik tidur anda pada waktu malam. Tutup sebarang plug atau televisyen dengan betul. Jika anda berada di dalam ruang yang 99% gelap tanpa sebarang pencahayaan, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin, yang mana bukan hanya membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, tetapi juga membantu untuk menghasilkan pembakaran kalori lemak coklat merujuk kepada kajian yang dijalankan dalam Journal Of Pineal Research.
Rendahkan suhu bilik
Tidur di dalam suhu bilik yang sejuk boleh membantu anda untuk membakar kalori sepanjang malam. Ini kerana tubuh yang bekerja keras dalam meningkat suhu badan untuk menyeimbangkan 98.6 degree, yang mana membakar kalori. Mungkin dengan 7% tidaklah kedengaran terlalu banyak, tetapi ianya boleh membantu anda untuk membakar lebih 100 kalori dengan tidur yang lebih 24 jam.
Padam segala skrin gadget
Sebelum anda tidur, pastikan anda sudah memadam segala barangan elektronik di dalam kamar tidur. Pengkaji di Manchester University mendapati bahawa short-wavelength cahaya biru yang dipancarkan dari tablet atau telefon pintar, boleh mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh, sekaligus ianya mengganggu metabolisme.
Dapatkan tidur secukupnya
Semestinya ramai tahu yang tubuh memerlukan tidur yang cukup, tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi apakan daya jika jadual terlalu padat atau mungkin siri televisyen yang tidak boleh ditangguhkan pastinya menjadi punca anda kurang tidur. Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme yang dikaitkan dengan obesiti.