Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Elly Mazlein
Menanti hari kelahiran bayi pertamanya dengan penuh sabar dan diiringi doa agar semuanya berjalan dengan lancar, Elly Mazlein teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya ini kerana sebelum ini Elly pernah mengandung selepas dua bulan berkahwin dengan suaminya, yang juga seorang pengarah terkenal, Azmi Hatta. Namun Elly telah mengalami keguguran ketika itu.
Sejurus selepas disahkan hamil buat kali kedua, pastinya ini merupakah berita baik buat dirinya selepas kehilangan kandungan sebelumnya. Elly dikhabarkan bakal bersalin sekitar Mac ini.
“Jika tiada halangan, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Elly juga berharap untuk mendapatkan cahaya mata perempuan. Alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan. Elly dan kandungan ketika ini pun sihat. Elly dan suami juga selalu pergi ke hospital di Wangsa Maju untuk pemeriksaan,” ujar Elly kepada portal BH Online.
EH! mengucapkan tahniah dan semoga segalanya berjalan dengan lancar buat Elly Mazlein.