Oleh: Farhana Fuad
Gambar: H&M
Musim bunga ini H&M dan David Beckham muncul dengan koleksi Bodywear David Beckham memfokuskan pakaian sukan yang lebih klasik serta helaian yang lebih bergaya seperti baju panas dan seluar jogger dengan bentuk dan perincian yang baru dan segar.
Himpunan kolaborasi eksklusif ini bakal berada di H&M Malaysia mulai 25 Februari nanti.
“Semua tentang koleksi Bodywear saya di H&M mestilah asli. Jika saya tidak memakainya, pastinya ia tidak akan dipilih ke dalam koleksi ini! Saya memilih rangkaian pilihan fesyen yang mempunyai kualiti dan reka bentuk yang terbaik tetapi mampu untuk dimiliki. Saya sentiasa ingin mengembangkan lagi koleksi Bodywear ini dan memasukkan lagi pilihan klasik seperti baju panas dan seluar track yang saya gayakan kala di luar mahupun di rumah,” ujar Beckham.
Baju panas crewneck diubah suai dengan penambahan lebih perincian dan menggunakan rona hijau khaki, kelabu dan hitam. Manakala seluar joggers ditambah perinciannya dengan poket zip dan bertali untuk lebih selesa dan sempurna terletak di bahagian pinggang.
[soliloquy id=”93366″]
Bukan hanya itu, David Beckham turut tampil dengan koleksi pilihan David Bekcham dalam Modern Essentials untuk musim bunga ini. Sekaligus untuk koleksi musim ini, sebuah video klip kempen dibintangi bekas pemain bola sepak terkemuka dunia telah dirakam di sekitar jalan di Lisbon.
[soliloquy slug=”modern-essentials-by-david-beckham”]
Dalam video kempen tersebut Beckham seakan menjadi satu ikon fesyen buat seluruh bandar Lisbon yang mana mereka tampil dengan persalinan yang sama dengan Beckham pada setiap masa. Koleksi Modern Essentials pilihan Beckham ini akan dilancarkan pada dua tarikh iaitu 25 Februari dan 17 Mac di semua butik H&M di Malaysia.
Jom tonton video klip kempen Modern Essentials dibintangi David Beckham di bawah.