Jika lokasi dalam dewan atau indoor bukan jadi pilihan anda untuk meraikan mahligai cinta yang baru terbina, pastinya perkahwinan bertemakan dalam taman boleh dijadikan pilihan lain, pasti majlis anda lebih indah dengan kehijauan dan keserian alam semula jadi.
Memilih lokasi perkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam catatan to-do-list buat bakal pengantin. Setiap pasangan raja sehari pastinya mahukan hari perkahwinan mereka mencipta momen terindah memandangkan itu merupakan antara hari bersejarah dalam kehidupan.
Kini, banyak lokasi sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan outdoor atau taman. Bahkan, ada antaranya hadir dengan pakej lengkap merangkumi khidmat dekorasi juga sajian katering.
Anda impikan perkahwinan dalam taman? Di sini EH! senaraikan lokasi perkahwinan outdoor pilihan kami.
Gita Bayu, Seri Kembangan Kuala Lumpur
Gambar: gitabayu.com
Gambar: wedresearch.net
Kebun Mimpi yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar taman tropika di tepian tasik, kawasan majestik ini sesuai untuk anda menganjurkan pelbagai jenis majlis. Deck terapung yang terletak di bahagian tepi tasik menjadikan ia satu lokasi yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan romantis.