Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Fahrin Ahmad
Pelakon, Fahrin Ahmad, 37, mengesahkan isterinya, Elena Hani,38 kini mengandungkan anak pertama setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga. Fahrin membuat pengakuan sendiri kepada Utusan Online.
Khabar angin tentang kehamilan isteri Fahrin mula tersebar pabila Fahrin memuat naik gambar dengan kapsyen yang menyatakan dia akan merindui Elena dan ‘separuhnya’ (u and a half). Fahrin terpaksa terbang ke Machester bersama Aidid Marcello atas sebab kerja di sana buat seketika.
Sejurus selepas gambar tersebut dimuat naik dan kapsyen yang berbunyi seakan mempunyai mesej tersembunyi itu ramai peminat dan pengikut Fahrin di Instagram meninggalkan komen dan bertanya adakah benar yang mereka sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama.
A photo posted by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa) on