Oleh : Farhana Fuad
Gambar : INGimage
Kala pertama kali ingin berjanji temu bersama si dia yang anda suka, pastikan anda ikuti segala etika ini. Ia penting demi menjamin hubungan yang baik dan berjalan lancar seperti mana yang anda mahukan.
Dan kali ini EH! mahu kongsikan tip juga peraturan mesti anda patuhi bila keluar janji temu buat kali pertama dengan si dia. Enjoy your first date!
- Tepati Masa
Ya benar yang apa sahaja boleh berlaku. Tetapi jangan sampai membuatkan si dia terpaksa menunggu anda. Ia bukan impression yang baik. Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu.
- Ketepikan Telefon Bimbit Seketika
Jangan sibuk bermain dengan telefon pintar. Unless jika anda sedang menanti sesuatu yang dijangka akan berlaku atau kecemasan. Pastikan telefon bimbit dalam mode vibrate. Jika mahu meletak telefon di atas meja pastikan skrin diterlangkupkan ke bawah supaya perbualan anda tidak terganggu jika ada sebarang notifikasi dari telefon lebih-lebih lagi notifikasi emdia sosial.
- Jika Sukakan Si Dia, Pandang Tepat Pada Matanya
Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan dirimu. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.
- Usah Kongsikan Semua
Terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ini adalah peringkat berkenalan, baru mahu mengenali. Jadi seeloknya anda simpan cerita-cerita bersifat terlalu peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu saja misalnya serba sedikit tentang pengalaman kerja atau sewaktu belajar. Dan lebih bagus jika anda punya cerita yang lucu boleh dikongsikan.
- Jangan Terlalu Mudah Untuk Menghakimi
Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Jika anda melihat si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik buat anda, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta. Menghakimi sememangnya normal, tapi jika pertemuan sulung ini membuahkan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.