Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Harris Baba
Penyanyi yang sedang pantas membina nama, Harris Baba kini selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Nik Naziha Zawawi. Penyanyi yang sering dikaitkan dengan Zayn Malik dek kerana rupanya yang seiras dengan penyanyi dari Britain itu menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat lalu.
Biarpun Harris dikritik oleh segelintir pihak akan keputusannya untuk berkahwin boleh menjejaskan karier seninya yang baru sahaja bermula, penyanyi muda yang digilai ramai ini tidak percaya akan pandangan tersebut.
Baginya, perkahwinan adalah sumber untuk memberikannya lebih kebahagiaan dan rezeki daripada Allah.
“Saya tak faham kenapa orang kata kerjaya seni akan lingkup jika kita berkahwin ketika baru mengasah nama. Saya melihat di sebaliknya. Perkahwinan itu suatu rahmat. Saya percaya Allah sudah menulis rezeki yang akan diberi kepada saya. Apa yang saya lihat, muzik memainkan peranan dalam menentukan jatuh bangun karier, bukannya hal peribadi,” ujar kepada BH Online.
Harris dan isteri selamat di ijab kabulkan pada Jumaat lalu di Keningau Sabah. Majoriti peminatnya agak terkejut dengan perkahwinannya itu kerana sebelum ini Harris tidak pernah mendedahkan di dalam media sosial seperti Instagram akan perancangannya untuk berkahwin.
Namun, ramai juga peminatnya yang turut gembira dan menghantar ucapan tahniah kepadanya. Bahkan, pengikutnya di lama Instagram melonjak naik hampir 50,000 orang pengikut ketika ini.
EH! ucapkan selamat pengantin baru buat Harris Baba dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal utuh dan bahagia sepanjang hayat.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis akad nikah dan resepsi Harris Baba.
https://www.instagram.com/p/BFWErVdgY1N/?taken-by=harrisbaba&hl=en
https://www.instagram.com/p/BFWGAjpgY35/?taken-by=harrisbaba&hl=en
https://www.instagram.com/p/BFWJXV_AYwA/?taken-by=harrisbaba&hl=en