Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Berita baik buat peminat drama romantis Korea, Descendants of the Sun! Bermula Jun ini, konsert OST Descendants of the Sun bakal mula kembara di empat negara di serantau Asia. Menurut wakil drama Korea kegemaran ramai itu, konsert OST tersebut bakal berlangsung di tujuh buah ibu kota.
“Konsert OST tersebut bakal berlangsung di tujuh lokasi termasuklah di Taiwan, Singapura, Malaysia dan beberapa lokasi lain di China seperti Beijing dan Hong Kong,” kata wakil dari drama Descendants of the Sun kepada media antarabangsa.
Pengarah dan penganjur acara untuk konsert di empat negara ini telah pun menandatangani memorandum persefahamandan ada antaranya berada di dalam proses untuk menyain memorandum tersebut.
“Descendants of the Sun terkenal sebagai sebuah drama Hallyu dan masih lagi menjadi pilihan ramai. Disebabkan perkara ini, kami menerima banyak permintaan untuk menganjurkan konsert OST,” kata wakil penganjur.
Konsert OST Descendants of the Sun telah berlangsung dengan jayanya pada Mei 14 di Kyung Hee University, Hall of Peace di Seoul Korea. Ketika konsert tersebut, peminat dapat menonton beberapa babak dari drama tersebut dilakonkan semula secara langsung, penceritaan di sebalik tabir drama tersebut oleh barisan pelakon dan persembahan nyanyian dari lagu-lagu OST drama tersebut oleh pemuzik asli lagu tersebut.
Auditorium tersebut dibanjiri dengan 7000 orang penonton yang menyaksikan konsert tersebut secara langsung untuk merasai sendiri aura drama romantis itu. Drama lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo itu masih lagi menjadi fenomena meskipun drama tersebut sudah pun berakhir sekitar bulan April lalu.