Haruman boleh dikaitkan dengan seksual. Ia ibarat satu tarikan buat si pemakai. Kenali jenis haruman yang lelaki mudah tertarik pada wanita.
Gambar : shutterstock
Haruman punya pengaruh hebat pada setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan. Kadang-kadang jenis haruman yang disembur seseorang akan kita ingat dan terkenang-kenang. Satu-satu bau boleh jadisignature.
Ia ibarat satu simbolik pada diri seseorang. Ia juga mencerminkan personaliti diri. Haruman sensual selalunya punya lebih tarikan seksual dan sofistikated, manakala haruman flora akan menonjolkan imej feminin yang ketara.
Kali ini EH! mahu berkongsi jenis-jenis haruman yang mampu membuatkan lelaki tertarik, lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah berkahwin.