Gambar : shutterstock
Semua sedia maklum, Korea sememangnya terkenal dengan produk kecantikan yang terlalu ke depan serta berteknologi tinggi. Sehinggakan kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari akan kewujudan produk-produk tersebut.
Namun, ada beberapa produk kecantikan di Korea yang diperbuat daripada bahan yang aneh atau pelik (ekstrem) termasuklah haiwan. Ikuti 5 produk kecantikan pelik dari Korea di bawah.
1. Krim Anti Penuaan Siput Babi (Snail)
Merupakan antara produk kecantikan yang menjadi rebutan pada masa kini. Salah satu sebab kenapa produk ini menjadi perhatian, kandungan lendir yang terdapat pada siput dapat memberi nutrisi dan mencegah penuaan pada kulit agar kulit kelihatan muda dan berseri.
2. Pupur Kolagen Daripada Babi
Ramai yang tahu manfaat dari kolagen adalah dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah. Namun, di Korea Selatan terdapat produk kecantikan yang diperbuat daripada kolagen babi. Kolagen ini dipercayai berupaya menghindar dari kewujudan kedutan pada dahi dan sekitar mata.
3. Minyak Kuda
Ini merupakan minyak kesukaan warga Korea Selatan. Minyak Kuda ini dapat menyembuhkan kulit yang terbakar, bekas luka, melembapkan kulit serta melancarkan peredaran darah.
4. Krim Wajah Tapak Sulaiman (Star Fish)
Salah satu bahan yang digunakan dalam produk kecantikan di Korea adalah. Tapak Sulaiman (Star Fish). Tapak Sulaiman dikatakan dapat memperkuatkan sel-sel kulit wajah serta melembutkan kulit wajah agar sentiasa kelitan segar dan berseri.
5. Pupur Racun Ular
Memakai racun ular sebagai bahan utama dalam produk kecantikan merupakan trend kecantikan yang palig ekstrem di Korea. Acid Amino yang terdapat pada racun ular dapat menghalang pergerakkan saraf otot wajah bagi mengurangi kedutan pada wajah. Minyak racun ular ini disebut sebagai botok organik. Ia boleh didapati pada harga yang lebih murah dan tidak menimbulkan rasa sakit.