Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Amar Baharin
Akhirnya penantian ramai untuk mengetahui kebenaran akan spekulasi status hubungan pelakon terkenal tempatan, Amar Baharin dan Amyra Rosli kini terjawab.
Pasangan selebriti ini mengumumkan pada pihak media yang mereka bakal bertunang pada 22 Julai ini dan hanya akan diadakan secara tertutup untuk pihak keluarga sahaja. Amar dan Amyra juga memaklumkan yang mereka akan dinikahkan pada 11 November nanti.
“Hasil restu keluarga masing masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini. Majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas acara pernikahan. Seterusnya pada 19 November, majlis bertandang sebelah saya pula dilangsungkan,” kata Amar kepada BH Online.
https://www.instagram.com/p/BIBxBA2gHKn/?taken-by=aamyrarosli
Amar telah menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Amyra pada Aidiladha tahun lalu. Sebelum ini, Amar dan Amyra sememangnya digosipkan mempunyai hubungan cinta, namun kedua-duanya menafikan akan gosip tersebut.
Amar dan Amyra sememangnya sentiasa dilihat bersama kerana kedua-duanya di bawah pengurus yang sama. Namun kemesraan yang terlihat pada diri mereka membuatkan ramai yang tertanya adakah mereka akan berkahwin dan banyak lagi gosip lainnya.
EH! ucapkan tahniah buat Amar Baharin dan Amyra Rosli dan semoga segala urusan serta persiapan menuju hari bahagia berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.