Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Ika Nabella
Selamat sudah pernikahan Ika Nabella dan pasangan pilihan hatinya, Muhammad Zaid pada Sabtu lalu, 30 Julai. Pada jam 2.30 petang, pelakon serta penyanyi yang mula bersinar menerusi Akademi Fantasia musim ke-6 ini dengan sekali lafaz sah bergelar isteri.
Pernikahan yang berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang ini dihadiri oleh kaum keluarga serta sahabat handai. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas iaitu Ahmad Fuad Abd Hamid.
https://www.instagram.com/p/BIeehQajAbZ/?taken-by=ikanabella&hl=en
Ika menerima mas kahwin sebanyak RM1,008 serta tujuh dulang hantaran dan membalas tujuh dulang juga kepada pihak Zaid. Ika turut menyatakan rasa syukurnya kerana majlisnya itu berjalan dengan lancar dan mengharapkan agar ikatan perkahwinannya itu boleh kekal sampai syurga.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya berharap, ikatan yang terjalin ini akan terus mekar hingga ke jannah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami. “Kami memilih untuk bernikah di Pulau Pinang atas permintaan keluarga, selain memudahkan sanak saudara yang kebanyakannya tinggal di sini untuk bersama meraikan hari bersejarah saya dan suami,” kata Ika kepada BH Online.
Majlis resepsi di sebelah pihak pengantin perempuan telah pun berlangsung pada keesokan harinya di sebuah hotel di Pulau Pinang. Majlis bertandang untuk pihak pengantin lelaki pula dijadualkan akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Ogos nanti.
Menyebut soal berbulan madu, Ika menjawab, “Kami sudah menyenaraikan beberapa destinasi bulan madu seperti Amerika Syarikat, Eropah, Korea atau Jepun. Bagaimanapun, kata putus belum diambil memandangkan kami ingin memberi tumpuan kepada majlis pernikahan dan resepsi. Lagipun, ada beberapa perkara lain yang perlu dilunaskan. “Selain majlis bertandang, adik suami juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan. Hanya selepas itu, baru saya dan suami akan berbincang lebih lanjut mengenai perancangan berbulan madu,” katanya lagi kepada BH Online.
Menurut Ika, dirinya akan terus dalam kerjaya seninya iaitu menyanyi dan berlakon kerana tiada halangan dari suaminya. Bahkan, Ika turut berharap yang peminat-peminatnya akan setia memberi sokongan meskipun dirinya sudah berumah tangga.
Ika dan Zaid sebenarnya sudah pun mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun lalu, namun perhubungan mereka terputus. Tahun lalu, pertemuan kembali antara pasangan ini mengembalikan rasa cinta antara satu sama lain dan akhirnya bersetuju untuk bertunang pada 14 Mei lalu dan seterusnya pernikahan ini.
EH! mengucapkan tahniah buat Ika Nabella dan suami. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga syurga hendaknya. EH! turut himpunkan gambar di sekitar majlis malam berinai, pernikahan dan perkahwinan pasangan ini di bawah.
https://www.instagram.com/p/BIctvX2jz2A/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIcuoUZDA3k/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIcxrjxjfDB/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIcyH-Wj5Gk/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIczNftjqTj/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIdFl7oDiqX/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIecytljhCQ/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIefwUdjIMc/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIehNggjHiG/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIenpGQD0lF/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIeplaejn9Q/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhFx8EDyzQ/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhJ1-ADoa9/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhRm1BDFNL/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhU_uMDeA9/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhY-Ezj19S/?taken-by=ikanabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIhbDwqjjNz/?taken-by=ikanabella&hl=en